Monday, May 26, 2014

Belajar Jahit Tudung

Entri 3

Bertemu lagi kita! :)

Entri kali ni saya nak cerita pada pembaca pengalaman saya pergi ke kelas menjahit tudung. Sebenarnya dah lama saya pergi ke kelas jahit tudung ni, iaitu pada 22 April 2013. Tenaga pengajarnya surirumah sepenuh masa, dan belajar jahit tudung kat rumah dia je. Waktu tu cuma saya seorang sahaja yang belajar, jadi senang dia nak fokus pada saya. Lagi pun saya lebih suka macam tu, lebih senang nak fokus. Saya memilih pakej jahit tudung dan shawl. Bayaran untuk tudung rm100, manakala bayaran untuk shawl rm60. Tudung dan shawl yang siap dijahit akan dibawa balik beserta nota jahitan tudung. Kira oklah harga tu. Tidaklah mahal sangat.

Terus terang saya cakap, memang saya tiada langsung basic menjahit. Seingat saya sekali dua sahaja saya pegang mesin jahit. Itu pun ibu saya yang ajar cara masukkan benang. Kalau ada pakaian yang koyak saya cuma jahit tangan sahaja. Tetapi saya sangat minat dalam jahitan. Minat tu saya warisi daripada emak saya. Emak memang mahir menjahit. Semua jenis pakaian emak pandai jahit. Saya masih ingat lagi emak rajin buatkan saya dan adik beradik lain baju gaun semasa saya kanak-kanak dahulu. Dua orang kakak saya juga pandai menjahit.

Ok berbalik pada kelas jahitan tadi, walaupun tiada asas menjahit dan tak pernah tahu jahit lurus, saya beranikan diri pergi ke kelas jahit tudung. Pertama kali menjahit tudung, rasa kekok juga, tapi Alhamdulillah jahitan saya tak banyak silap. Saya pun macam tak percaya yang saya mampu buat. Kata tenaga pengajar tersebut, biasanya yang tiada basic atau tak tahu menjahit langsung jahitan selalunya akan tercabut dan senget benget serta tidak kemas. Dia memuji saya dengan mengatakan jahitan saya cantik walaupun saya tiada basic. Alhamdulillah, hehe saya rasa bangga juga dengan diri saya waktu tu kerana saya boleh menjahit :) Dua jam lebih saya siap jahit tudung dan shawl. Kalau nak dibandingkan, jahit shawl lagi mudah berbanding jahit tudung. Jahit tudung perlukan banyak langkah. Manakala jahit shawl tak banyak langkah kerana potongan dia yang memanjang dan tiada awning. Jahit shawl yang saya belajar pada waktu itu ialah jahit 'babyseem'. Bagi yang tidak tahu menjahit macam saya ni, memang rasa susah jahit 'babyseem' kerana shawl tu kita perlu kelepit dua dan halus. Tapi Alhamdulillah jahitan saya ok.

Ok cukup setakat ini entri untuk hari ni. Entri akan datang saya akan tunjukkan tudung yang saya jahit tu ye! tunggu ya! :)

Sunday, May 25, 2014

Homemade Tepung Kek Coklat Moist

Entri 2



Alhamdulillah akhirnya siap juga tepung kek coklat moist tempahan daripada pelanggan tetap iaitu Puan Adila daripada Pahang. Syukur atas rezeki yang diberikan. Semoga perniagaan Adila dan keluarganya bertambah maju, Amin.

Bukan mudah nak menyiapkan 100 peket tepung ni dalam keadaan saya yang sedang hamil 5 bulan lebih ni. Memang tak larat nak buat seorang diri di tambah lagi nak melayan si bujang kecil yang banyak tuah tu, hehe. Kini dah 2 tahun 7 bulan dah. Umur-umur macam tu mmg tgh aktif dan lasak. Suami pula sibuk dan hujung minggu pula dia overtime. Nak tak nak suami terpaksa mintak bantuan adiknya, kebetulan dia cuti seminggu, tapi kene bagi upah. Kalau tak kesianlah dia, hehe. Dahla curi masa dia nak siapkan assignment cuti seminggu ni. Memang sebelum ni kalau tempahan terlalu banyak dan suami tak dapat bantu, dia akan minta bantuan adiknya. Alhamdulillah 100 peket tepung tu adik ipar berjaya siapkan dalam masa 2 hari. Saya cuma buat 100 peket coklat rice dan topping.

Tepung kek coklat moist ni resepi saya sendiri bersama suami. Tepung ni mudah je, pelanggan tak payah nak sukat bagai, cuma tambah 4 biji telor, 1 cawan minyak masak, 1 cawan air panas dan 1 cawan susu pekat sahaja. Mudah kan? Insha Allah dijamin sedap. Harganya cuma RM 10 sahaja. Dengan RM10 tu boleh dapat sebiji kek coklat moist seberat 1kg tau :). Sesiapa nak order bolehla pm or whatsapp saya 013-3621012


-26.05.2014-

Thursday, May 15, 2014

KENALI SAYA

Entri 1

Teks: Nazifah Jamil

Bismillah. Assalamualaikum wbt

Agak lama untuk saya menyiapkan teks ni, maklumlah ini pertama kali saya menulis di blog. Akhirnya siap juga. Sebulan saya mengambil masa. Dalam sebulan tu macam-macam kesibukan dan baru hari ini 15 Mei saya publish. Sebelum ni saya pernah memiliki blog iaitu blog jualan tudung tetapi akhirnya sekerat jalan kerana saya tidak rajin mengusiknya. :)
 
Sebelum itu mari saya kenalkan diri saya. Nama diberi Nor Nazifah Abd Jamil, ibu kepada seorang anak lelaki berusia 2 tahun 7 bulan dan ketika catatan ini di tulis saya kini sedang hamil 5 bulan++. Anak ke enam daripada 10 orang adik beradik. Berasal daripada Petaling Jaya, Selangor dan kini menetap di Shah Alam. Saya kini bertugas di UiTM Shah Alam bahagian kualiti dan telah berkhidmat selama 6 tahun. 
 
Saya berkelulusan daripada Politeknik dalam jurusan pengajian perniagaan. Kemudian saya menyambung ke peringkat Ijazah di UiTM secara e-Pjj dalam jurusan 'Bisnes Management (Marketing)' tetapi sampai 4 semester sahaja kerana saya minta tangguh pengajian selepas bersalin anak pertama dahulu. Sehingga kini saya masih belum menyambung pengajian saya dan saya pun tidak pasti bila.
 
Saya suka mengemas rumah, berniaga dan minat pada bidang jahitan. Dek kerana minat yang mendalam pada jahitan, saya telah pun membeli mesin jahit industri jenama juki pada tahun lepas bulan 10 :) Saya juga boleh menjahit shawl (selendang) selepas menyertai beberapa kelas berbayar, dan buat masa ni sedang praktis jahit shawl (selendang) dan tudung. Semuanya masih dalam proses belajar, belum sampai ke pringkat pakar lagi. Saya kene pastikan saya betul-betul mahir barulah saya ambil order. In sha Allah, doakan saya ye!  
 
Tujuan saya menyertai 'Akademi Bekerja daripada Rumah' ini ialah saya ingin belajar selok belok bagaimana cara yang betul bekerja daripada rumah dan sekaligus dapat mencapai matlamat saya iaitu ingin menjana pendapatan daripada rumah kerana saya bercita-cita ingin menjadi surirumah sepenuh masa suatu hari nanti. Semoga Allah permudahkan, Aaamin. Selain itu saya juga ingin belajar bagaimana menulis blog dengan cara yang betul dan bagaimana penulisan blog boleh menjana pendapatan selain ingin berkongsi dengan pembaca bakal apa yang disampaikan oleh saya nanti, In sha Allah. Sebelum ini saya memang tercari-cari siapakah yang boleh membimbing saya untuk belajar selok belok dunia bekerja dari rumah dan Alhamdulillah akhirnya saya terjumpa ebook ‘Jana Duit dari rumah’. Saya tertarik dengan tajuk ebook tersebut. Kemudian saya cari 'facebook' pemilik ebook tersebut iaitu Kas Masayu Ahmad. Dari situ saya berkenalan dengan Kak Masayu Ahmad sehinggalah saya buat keputusan untuk menyertai kelas penulisan blog, Alhamdulillah.

Saya seorang yang suka berniaga. Perniagaan yang saya jalankan sekarang ialah tepung kek coklat moist dan juga menjual tudung online secara dropship. Alhamdulillah, tepung kek coklat moist mendapat sambutan yang menggalakkan. Harapan saya, semoga saya dapat manfaat setelah menyertai Akademi Bekerja dari Rumah di samping dapat kenalan yang ramai.