Thursday, May 15, 2014

KENALI SAYA

Entri 1

Teks: Nazifah Jamil

Bismillah. Assalamualaikum wbt

Agak lama untuk saya menyiapkan teks ni, maklumlah ini pertama kali saya menulis di blog. Akhirnya siap juga. Sebulan saya mengambil masa. Dalam sebulan tu macam-macam kesibukan dan baru hari ini 15 Mei saya publish. Sebelum ni saya pernah memiliki blog iaitu blog jualan tudung tetapi akhirnya sekerat jalan kerana saya tidak rajin mengusiknya. :)
 
Sebelum itu mari saya kenalkan diri saya. Nama diberi Nor Nazifah Abd Jamil, ibu kepada seorang anak lelaki berusia 2 tahun 7 bulan dan ketika catatan ini di tulis saya kini sedang hamil 5 bulan++. Anak ke enam daripada 10 orang adik beradik. Berasal daripada Petaling Jaya, Selangor dan kini menetap di Shah Alam. Saya kini bertugas di UiTM Shah Alam bahagian kualiti dan telah berkhidmat selama 6 tahun. 
 
Saya berkelulusan daripada Politeknik dalam jurusan pengajian perniagaan. Kemudian saya menyambung ke peringkat Ijazah di UiTM secara e-Pjj dalam jurusan 'Bisnes Management (Marketing)' tetapi sampai 4 semester sahaja kerana saya minta tangguh pengajian selepas bersalin anak pertama dahulu. Sehingga kini saya masih belum menyambung pengajian saya dan saya pun tidak pasti bila.
 
Saya suka mengemas rumah, berniaga dan minat pada bidang jahitan. Dek kerana minat yang mendalam pada jahitan, saya telah pun membeli mesin jahit industri jenama juki pada tahun lepas bulan 10 :) Saya juga boleh menjahit shawl (selendang) selepas menyertai beberapa kelas berbayar, dan buat masa ni sedang praktis jahit shawl (selendang) dan tudung. Semuanya masih dalam proses belajar, belum sampai ke pringkat pakar lagi. Saya kene pastikan saya betul-betul mahir barulah saya ambil order. In sha Allah, doakan saya ye!  
 
Tujuan saya menyertai 'Akademi Bekerja daripada Rumah' ini ialah saya ingin belajar selok belok bagaimana cara yang betul bekerja daripada rumah dan sekaligus dapat mencapai matlamat saya iaitu ingin menjana pendapatan daripada rumah kerana saya bercita-cita ingin menjadi surirumah sepenuh masa suatu hari nanti. Semoga Allah permudahkan, Aaamin. Selain itu saya juga ingin belajar bagaimana menulis blog dengan cara yang betul dan bagaimana penulisan blog boleh menjana pendapatan selain ingin berkongsi dengan pembaca bakal apa yang disampaikan oleh saya nanti, In sha Allah. Sebelum ini saya memang tercari-cari siapakah yang boleh membimbing saya untuk belajar selok belok dunia bekerja dari rumah dan Alhamdulillah akhirnya saya terjumpa ebook ‘Jana Duit dari rumah’. Saya tertarik dengan tajuk ebook tersebut. Kemudian saya cari 'facebook' pemilik ebook tersebut iaitu Kas Masayu Ahmad. Dari situ saya berkenalan dengan Kak Masayu Ahmad sehinggalah saya buat keputusan untuk menyertai kelas penulisan blog, Alhamdulillah.

Saya seorang yang suka berniaga. Perniagaan yang saya jalankan sekarang ialah tepung kek coklat moist dan juga menjual tudung online secara dropship. Alhamdulillah, tepung kek coklat moist mendapat sambutan yang menggalakkan. Harapan saya, semoga saya dapat manfaat setelah menyertai Akademi Bekerja dari Rumah di samping dapat kenalan yang ramai.




 

No comments:

Post a Comment