Monday, August 18, 2014

Ulasan

Entri 45

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-NYA selesai sudah tugasan-tugasan yang diberikan oleh Akademi bekerja Dari Rumah iaitu saya berjaya menyiapkan 44 entri seperti mana yang telah ditetapkan. Bersyukur sekali lagi kerana diberi kesihatan yang baik untuk meneruskan kehidupan seharian dan masih terus bernafas di muka bumi ini. Selama 4 bulan saya di ABDR, Alhamdulillah saya sangat berpuas hati kerana kelas yang dijalankan secara fleksibel. Tiada had masa yang ditetapkan, di mana saja boleh menulis, yang penting ada internet.

Terima kasih di ucapkan kepada guru bimbingan saya iaitu Puan Masayu Ahmad selaku pengasas ABDR. Beliau banyak membantu saya, menjawab soalan saya tanpa jemu bertalu-talu di FB dan memberi kata semangat. Apa yang saya dapat daripada ABDR ini ialah dari segi menulis, InshaAllah tiada masalah. Kerana telah dilatih menulis sebanyak 44 entri. Cuma teknik-teknik yang lain seperti pautan dengan rakan-rakan blog, label, kategori, cara mencantikkan blog dan lain-lain lagi masih belum mahir dan saya perlu belajar lagi. Lagi pun saya perlu fokus menulis 44 entri dahulu, kata Puan Masayu.

Adakalanya bila masa terluang, saya membaca beberapa blog rakan-rakan yang lain. Seronok membaca kisah hidup orang lain. Walaupun kehidupan semua orang tidak sama, tetapi apa yang saya lihat matlamat kebanyakan rakan ABDR majoriti semuanya sama iaitu ingin menjadi Work at Home Mom (WAHM). Rata-rata semuanya ingin menjadi housewife fulltime. Begitu juga saya. Hanya wanita sahaja yang memahami wanita. Naluri dan fitrah semulajadi wanita ialah kembali ke rumah dan anak-anak. Dan itulah yang disyariatkan oleh Allah. Semoga impian kita semua tercapai, Aamin. Niat yang baik disusuli dengan usaha yang gigih pasti Allah tolong. InshaAllah pasti ada jalan.

Akhir kata, semoga saya terus konsisten dalam ABDR, berjaya mencapai impian saya, diberi rezeki yang luas serta ilmu yang bermanfaat untuk diri sendiri dan dapat berkongsi diblog ini untuk orang lain. Terima kasih sekali lagi kepada Puan Masayu Ahmad kerana mencetuskan ABDR. Semoga usaha beliau diberkati Allah, Aamin. Harapan saya agar ABDR ini terus maju kerana dengan adanya ABDR ini para suri berkongsi masalah, impian dan matlamat yang sama.

~Salam ukhuwah~

Tuesday, July 22, 2014

Seronoknya jadi kanak-kanak

Entri 44

Bilakah zaman paling indah? Rasanya semua akan memberi jawapan - zaman kanak-kanak. Zaman kanak-kanak dahulu lagi seronok berbanding zaman kanak-kanak sekarang. Dahulu zaman sebelum ledakan teknologi. Macam-macam aktiviti yang dibuat dengan kreativiti yang ada. Contoh senapang yang diperbuat daripada kayu siap dengan peluru daripada buah cemperai atau cherry, lastik ranting kayu, dan macam-macam lagi. Manakala permainan-permainan yang terkenal ialah seperti konda kondi, baling tin atau rounders, gasing, guli, ten teng, main getah, congkak dan banyak lagi. Seronoknya zaman itu. Berbeza zaman kanak-kanak sekarang yang lebih menghadap tablet, ipad dan komputer. Semuanya membuatkan otak tidak kreatif dan boleh mengundang penyakit.

Zaman dahulu juga kurang jenayah. pergi sekolah jalan kaki lorong rumah-rumah India, Cina yang banyak anjing pun tiada apa-apa. Tiada kes rogol. Tiada kes culik. Mak ayah tak berteman pun tak mengapa. Tapi zaman sekarang sungguh berbeza sekali. Semuanya tidak selamat. Kanak-kanak tidak boleh bermain sendirian bersama-sama kawan, mesti ade orang dewasa sebagai peneman. Sampaikan ada jual playground untuk kanak-kanak. Zaman kanak-kanak dahulu belum ada lagi benda-benda ni. Contoh macam anak saya. Hehe. Jom layan gambar dibawah:





Dah beli playground ni senang sikit. Hari-hari dapat main dalam rumah. Hehe sebenarnya saya teringin sangat nak beli bende alah ni.  Dalam gambar tu anak lelaki saya bersama sepupu-sepupunya. Memang seronok tengok mereka main, tak ingat nak balik sepupu-sepupunya tu walhal jam dah 12 malam.  Bila tengok mereka bermain, berlari, gelak ketawa, hati rasa gembira. Hilang segala masalah. Mereka anak yang masih kecil, tidak mengerti apa-apa lagi. Masih kene diuruskan.

Andai dapat ku undurkan masa, nak kembali ke zaman kanak-kanak. Tidak fikir apa, tiada masalah, hanya main saja yang tahu.



*kenangan lama menggamit kembali..*

Monday, July 21, 2014

Hotel lagi....

Entri 43

Assalamualaikum wbt

Masak apa hari ni? Hari ini saya berbuka dirumah ibu saya. Rumah ibu saya tidak jaun mana pun, depan rumah saya je, hehe. Seronok kan. Empat beradik yang dah berkeluarga duduk berdekatan dengan mak ayah. Sebab semuanya kerja di Shah Alam, yang dua lagi Putrajaya dan Banting. Rumah sayalah paling dekat, jerit je dah dengar. Hari ini suami saya berbuka diluar, jadi saya berbuka dirumah emaklah. Menu hari ini nak masak kew tiau goreng aja. Goreng sebungkus dan bawak ke rumah mak.

Oh ya, Jumaat yang lepas saya iftar di Hotel lagi, tahun ni asyik iftar di Hotel saja. Yang buat saya seronok sebab tak payah masak, hehe. Seperti biasa, tempat kerja suami yang sponsor. Bankrap suami saya kalau bajet sendiri asyik berbuka di Hotel. Kalau Gaji suami 15 ribu bolehla, ye dak? hihi. Jumaat lepas iftar di Grand Bluewave Shah Alam. Oh sedap-sedap makanannya, tapi memang tidaklah nak makan semua. makanannya banyak, maklumlah satu kepala RM100++. Tapi yang tak seronoknya tempat ambil makanan jauh dari tempat duduk. Agak mengah juga bagi orang macam saya yang dah sarat ni.

Secara jujurnya sebenarnya rasa bersalah pula berbuka di Hotel. Bila kita perhatikan, berlaku pembaziran yang teramat, sedangkan kita sebenarnya lebih digalakkan berbuka di Masjid. Huhu hati mula rasa bersalah...


Thursday, July 17, 2014

Jual Tudung

Entri 42

Assalamualaikum,

Hari ini genap 20 Ramadhan kita berpuasa. Sedihnya tinggal 10 hari saja lagi Ramadhan nak habis. Ok jom kita fokus pada tajuk. Jual tudung? Saya jual tudung ke? Ya, memang benar saya jual tudung, tetapi dalam talian, secara dropship. Alhamdulillah bulan ini ada juga orang beli tudung, adalah dalam berbelas helai tudung yang terjual. Walaupun tak cecah puluhan, tapi tetap bersyukur. :)

Macam-macam jenis tudung yang saya jual seperti shawl, tudng layer, shawl berawning, tanpa awning, instant hijab, tudung labuh berdagu, tudung lycra, awning kodroi, chiffon, silk, tudung syria, corak parsley dan banyak lagi. Daripada saiz kecil sampailah saiz XXL. Harga sangatlah berbaloi, harga mampu milik. Tidak terlalu mahal. Pendek kata harga tidak setanding dengan kualiti tudung.

Ini page saya :


                                                          Jemput like ye, terima kasih. :)

Selain itu saya juga menjual telekung lycra dewasa dan kanak-kanak. Nak tengok dengan jelas klik pada gambar ye.

                                                                  Comel sangat kan? :)


                                                                  Ni pun comel kan? :)

Kalau berminat roger-rogerlah saya ye.

Ok cukup untuk hari ini, kita sambung entri seterusnya..



Berbuka Puasa di Flamingo Hotel, Ampang

Entri 41

Sambungan daripada entri yang lepas, selepas keluar daripada Sunway, kami pun mencari lokasi untuk berbuka puasa. Pakcik google menjadi rujukan untuk mengetahui buffet-buffet Ramadhan. Akhirnya tempat yang di pilih ialah Hotel Flamingo, Ampang. Sebelum itu suami call untuk sahkan harga dan kekosongan. Dewasa seorang RM55. Murah juga macam tak percaya aje. Tinggal 3 table saja lagi ketika suami call. Selepas solat asar kami pun terus ke Hotel tersebut. Sampai di sana rasa agak lain macam sebab harga buffet yang tertulis dekat kain rentang di hotel tersebut ialah RM65. Suami pun call, rupa-rupanya yang RM55 tu untuk restorannya, di tingkat 5, bukan Hotel Flamingo punya buffet. At-last suami masuk terus jumpa di kaunter, buffet untuk hotel Flamingo RM85 seorang dewasa, yang RM65 itu baucer. Hehe. Nasib baik waktu tu ade 2 table sahaja lagi, suami saya terus daftar dan kami pun masuk. Dah malas nak cari tempat lain, tak sempat. Main redah aja. Hairan juga saya pada mulanya, murahnya RM55 buffet di Hotel Flamingo. Rupa-rupanya bukan hotel Flamingo. Keliru juga sebab dalam google tulis Hotel Flamingo.

Sedikit gambar kenang-kenangan:




                                            menangis tak kasi ambil pic dia :D :p

Wednesday, July 16, 2014

Membeli-belah di Sunway Piramid

Entri 40

Assalamualaikum,

Cuti Nuzul Quran tempoh hari, saya dan suami ke Sunway Piramid untuk membeli-belah. Dalam tengahari kami dah keluar rumah. Amboi bunyi macam shopping sakan, padahal takde pun. Sikit-sikit aja yang dibeli. Barang suami dan anak. Lokasi tempat kami membeli ialah Aeon. Memandangkan raya nak dekat, memang tengah Sale besar-besaran sekarang. 50%, 70%. Parking memang sangat penuh. 2-3 kali juga suami pusing, akhirnya dapat pun parking itu pun bahagian atas sekali. Kat bumbung. Nasib baik dalam Aeon orang belum mula sesak. Kira ok lagilah. Mungkin weekend ni dah mula sesak. Tapi kalau kat SOGO usah cakapla. Sesak sampai pening tak tau macam mana nak pilih. Itu suami yang cakap sebab dia baru pergi minggu lepas. Dia memang suka beli barang dia di Sogo. Maklumlah orang KL :p. Paling seronok shoping barang anak. Comel-comel baju dan seluar budak. Mak tidak bergaya tak mengapa, janji anak bergaya. hehe. Dah ada anak ni, memang lebih ke anak jelah. Selain itu kami ke Digi Centre kerana suami nak uruskan simcardnya. Jam 3 lebih barulah kami keluar daripada Sunway. Letih juga berjalan hari tu dengan keadaan sarat ditambah lagi dengan puasa. Tapi redah ajelah. :)



                       Sebelum keluar, sempat bawa anak melayan bende alah ni. Seronok dia. :)


Tempahan kuih Raya

Entri 39

Assalamualaikum

Tahun ni buat ke kuih raya? Saya ni terlebih rajin, kuih tunjuk sahaja. hehe. Mungkin satu jenis kuih je saya akan buat. Dah pasang angan-angan dah nak buat biskut chip cookies. Tapi entah bila nak beli bahan-bahannya. :p

Sebenarnya dalam masa yang sama saya juga menjual kuih-kuih raya secara dropship. Pertama kali saya jual kuih raya. Alhamdulillah 16 balang yang ditempah oleh pelanggan. Kuihnya memang menarik dan sedap-sedap. Jemput tatap kuih-kuih yang saya jual ye.




















wahh..tergoda tak tengok gambar?

Dan bawah ni respon daripada pembeli yang baru je kuih tersebut sampai ke tangannya:


Alhamdulillah.
InshaAllah tahun depan panjang umur jual lagi. :)