Monday, May 26, 2014

Belajar Jahit Tudung

Entri 3

Bertemu lagi kita! :)

Entri kali ni saya nak cerita pada pembaca pengalaman saya pergi ke kelas menjahit tudung. Sebenarnya dah lama saya pergi ke kelas jahit tudung ni, iaitu pada 22 April 2013. Tenaga pengajarnya surirumah sepenuh masa, dan belajar jahit tudung kat rumah dia je. Waktu tu cuma saya seorang sahaja yang belajar, jadi senang dia nak fokus pada saya. Lagi pun saya lebih suka macam tu, lebih senang nak fokus. Saya memilih pakej jahit tudung dan shawl. Bayaran untuk tudung rm100, manakala bayaran untuk shawl rm60. Tudung dan shawl yang siap dijahit akan dibawa balik beserta nota jahitan tudung. Kira oklah harga tu. Tidaklah mahal sangat.

Terus terang saya cakap, memang saya tiada langsung basic menjahit. Seingat saya sekali dua sahaja saya pegang mesin jahit. Itu pun ibu saya yang ajar cara masukkan benang. Kalau ada pakaian yang koyak saya cuma jahit tangan sahaja. Tetapi saya sangat minat dalam jahitan. Minat tu saya warisi daripada emak saya. Emak memang mahir menjahit. Semua jenis pakaian emak pandai jahit. Saya masih ingat lagi emak rajin buatkan saya dan adik beradik lain baju gaun semasa saya kanak-kanak dahulu. Dua orang kakak saya juga pandai menjahit.

Ok berbalik pada kelas jahitan tadi, walaupun tiada asas menjahit dan tak pernah tahu jahit lurus, saya beranikan diri pergi ke kelas jahit tudung. Pertama kali menjahit tudung, rasa kekok juga, tapi Alhamdulillah jahitan saya tak banyak silap. Saya pun macam tak percaya yang saya mampu buat. Kata tenaga pengajar tersebut, biasanya yang tiada basic atau tak tahu menjahit langsung jahitan selalunya akan tercabut dan senget benget serta tidak kemas. Dia memuji saya dengan mengatakan jahitan saya cantik walaupun saya tiada basic. Alhamdulillah, hehe saya rasa bangga juga dengan diri saya waktu tu kerana saya boleh menjahit :) Dua jam lebih saya siap jahit tudung dan shawl. Kalau nak dibandingkan, jahit shawl lagi mudah berbanding jahit tudung. Jahit tudung perlukan banyak langkah. Manakala jahit shawl tak banyak langkah kerana potongan dia yang memanjang dan tiada awning. Jahit shawl yang saya belajar pada waktu itu ialah jahit 'babyseem'. Bagi yang tidak tahu menjahit macam saya ni, memang rasa susah jahit 'babyseem' kerana shawl tu kita perlu kelepit dua dan halus. Tapi Alhamdulillah jahitan saya ok.

Ok cukup setakat ini entri untuk hari ni. Entri akan datang saya akan tunjukkan tudung yang saya jahit tu ye! tunggu ya! :)

3 comments:

  1. salam ziarah. Salam kenal rakan ABDR. jemput singgah ke blog cik azue. dah link blog puan dengan cik azue. Selamat maju jaya.

    http://kuazue.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm, mekasih sudi singgah blog saya yang baru je nak bermula nie..hihi. Insha Allah nnti sy singgah blog cik azue :)

      Delete