Tuesday, July 22, 2014

Seronoknya jadi kanak-kanak

Entri 44

Bilakah zaman paling indah? Rasanya semua akan memberi jawapan - zaman kanak-kanak. Zaman kanak-kanak dahulu lagi seronok berbanding zaman kanak-kanak sekarang. Dahulu zaman sebelum ledakan teknologi. Macam-macam aktiviti yang dibuat dengan kreativiti yang ada. Contoh senapang yang diperbuat daripada kayu siap dengan peluru daripada buah cemperai atau cherry, lastik ranting kayu, dan macam-macam lagi. Manakala permainan-permainan yang terkenal ialah seperti konda kondi, baling tin atau rounders, gasing, guli, ten teng, main getah, congkak dan banyak lagi. Seronoknya zaman itu. Berbeza zaman kanak-kanak sekarang yang lebih menghadap tablet, ipad dan komputer. Semuanya membuatkan otak tidak kreatif dan boleh mengundang penyakit.

Zaman dahulu juga kurang jenayah. pergi sekolah jalan kaki lorong rumah-rumah India, Cina yang banyak anjing pun tiada apa-apa. Tiada kes rogol. Tiada kes culik. Mak ayah tak berteman pun tak mengapa. Tapi zaman sekarang sungguh berbeza sekali. Semuanya tidak selamat. Kanak-kanak tidak boleh bermain sendirian bersama-sama kawan, mesti ade orang dewasa sebagai peneman. Sampaikan ada jual playground untuk kanak-kanak. Zaman kanak-kanak dahulu belum ada lagi benda-benda ni. Contoh macam anak saya. Hehe. Jom layan gambar dibawah:





Dah beli playground ni senang sikit. Hari-hari dapat main dalam rumah. Hehe sebenarnya saya teringin sangat nak beli bende alah ni.  Dalam gambar tu anak lelaki saya bersama sepupu-sepupunya. Memang seronok tengok mereka main, tak ingat nak balik sepupu-sepupunya tu walhal jam dah 12 malam.  Bila tengok mereka bermain, berlari, gelak ketawa, hati rasa gembira. Hilang segala masalah. Mereka anak yang masih kecil, tidak mengerti apa-apa lagi. Masih kene diuruskan.

Andai dapat ku undurkan masa, nak kembali ke zaman kanak-kanak. Tidak fikir apa, tiada masalah, hanya main saja yang tahu.



*kenangan lama menggamit kembali..*

No comments:

Post a Comment