Friday, June 27, 2014

Beli Kain di Jakel

Entri 30


Memandangkan puasa semakin hampir, Rabu yang lepas saya dan suami pergi ke Jakel untuk membeli kain baju Melayu suami dan anak lelaki kami. Suami lebih suka membeli kain dan tempah daripada beli 'ready made'. Ikuktkan memang dah tersangat lewat kalau nak hantar tempah baju untuk raya. Mana-mana kedai tempahan baju semua dah tak nak terima tempahan kerana dah terlalu banyak. Tapi baju suami dan anak kami hantar tempah pada abang ipar. Jadi tiadalah risau sangat maklumlah abang ipar sendiri, hehe.

Orang perempuan kalau bab melihat kain-kain, baju-baju ini memang seronok. Apetah lagi masuk ke Jakel yang terkenal dengan gedung kain yang terbesar dan cantik-cantik. Kebanyakan kain semua dah terpampang harga diskaun. Rambang mata menengok macam-macam jenis kain, lagi-lagi corak parsley kesukaan saya. Tetapi saya hanya cuci mata sahaja maklumlah baju raya saya tahun ini baju mengandung. Untuk tahun ini, kami memilih tema royal blue.


Paper bag yang cantik. Husband request macam ni. :)


Sekian untuk hari ini, jumpa lagi di next entry ye! :)


Wednesday, June 25, 2014

Doa Ibu untuk Anak

Entri ke 29.

Assalamualaikum wbt.

Sudah berhari-hari saya tidak update blog. Keadaan diri dan masa membataskan saya. Alhamdulillah hari ini saya nak kongsikan doa yang saya amalkan setiap hari untuk anak saya.

Setiap malam ketika anak hendak tidur, saya bacakan doa padanya:

1) Doa tidur
2) Mengucap Dua Kalimah Syahadah
3) 3 Qul
4) Al-Fatihah
5) Ayat Kursi
5) Al-Insyirah

Selepas mengaminkan, saya sembur diubun-ubunya. Bacaan mestilah jelas bagi anak turut mendengarnya. Secara tidak langsung dia akan hafal doa-doa tersebut.

Ketika dia sudah mula nak melelapkan mata, iaitu dia dah masuk ke alam sedar antara tidak sedar, saya akan bisikkan di telinganya dengan kata-kata yang baik dan pujian, seperti:

'Arif anak yang baik, anak yang soleh,
'Arif cerdik, bijak, pandai zikir, pandai baca alif ba ta, pandai baca yasin'
'Jadi anak yang baik tau, dengar cakap umi dan ayah, jangan suka menangis, arif kene tabah, sabar, kuat, kena jadi anak yang baik dan soleh, umi dan ayah sayang arif.' -Terpulanglah pada ibu-bapa kata-kata baik apa yang kita nak sampaikan pada dia.

Begitulah setiap malam saya buat, inshaAllah semoga anakku menjadi anak yang soleh, hebat di dunia dan akhirat, diberi rezeki yang luas lagi berkah, diberi ilmu yang luas yang boleh memberi manfaat untuk diri sendiri dan juga orang lain serta fasih lidahnya membaca Al-Quran dan Hadith dengan berkat Nabi Muhammad SAW. Aaamin.




Ramadhan Datang Lagi

Entri 28






Alhamdulillah, tinggal 3 hari je lagi umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan. Saya juga teruja dan ternanti-nanti untuk menyambut bulan Ramadhan kerana bulan Ramadhan bulan yang penuh ketenangan buat diri saya. Semoga kita sempat untuk merasai bulan Ramadhan tahun ini, InshaAllah. Bulan Ramadhan bulan yang penuh barakah. Jadi sama-samalah kita tingkatkan amalan kita seperti membaca Al-Quran, bersedekah, menunaikan solat Tarawih dan sebagainya. Bagi wanita yang sukar hendak ke masjid kerana menguruskan anak-anak kecil, wanita yang mengandung dan sebagainya, solat tarawih dirumah pun boleh, dan itu lebih baik sebenarnya. Semoga amalan membaca Al-Quran yang dilakukan pada bulan Ramadhan berterusan dan kekal dalam kehidupan harian kita. Sesungguhnya Al-Quran itu adalah syifa' (penawar). Kalau boleh, cuba sedaya upaya lakukan Solat Tahajjud atau Solat Hajat sepanjang bulan Ramadhan. Dan berdoalah penuh khusyuk dengan bersungguh-sungguh meminta ampun serta meminta hajat kita pada Allah. Semoga Allah mengmpunkan dosa-dosa kita dan mengabulkan doa kita. Aamin.

Wednesday, June 18, 2014

Shawl Jahit sambung

Entri 27

Di masa kini, shawl menjadi kegilaan ramai terutama dikalangan remaja dan tidak kurang juga dikalangan ibu-ibu yang bekerjaya untuk tampil cantik, elegan dan menarik.  Seperti yang kita ketahui, terdapat shawl seperti halfmoon shawl, long shawl dan wide shawl. Kini terdapat shawl jahit sambung yang cantik dengan aneka warna dan coraknya yang menarik yang semakin diminati.

Dibawah beberapa contoh jahitan sambung untuk pelbagai fesyen shawl.

Gambar: http://nashfesyen.blogspot.com/

 

Shawl di atas adalah shawl panjang empat segi yang disambung secara melintang ditengah-tengah kain yang berlainan warna.
 
 
 

Shawl di atas pula disambung secara menegak ditengah-tengah kain dengan 2 kepingan kain berlainan warna dan corak.
 
 
 Shawl ini disambung pada bahagian melengkung dengan kain warna plain dan kain glitter dengan potongan half moon. Di bahgian atasnya pula dijahit dengan lace.



Shawl ini disambung dengan dua kepingan kain berwarna plain dengan hujungnya dipotong separuh bulatan
 
 
Semoga gambar-gambar diatas menjadi panduan kepada yang ingin menjahit pelbagai jenis shawl sambung. Selamat Mencuba ye!
 
 

Wednesday, June 11, 2014

Ubat Mujarab Batuk dn Selesema

Entri 26


Semua orang didunia ini pernah mengalami batuk dan selesema. Begitu juga saya. Cuma yang berbezanya rawatan apakah yang di ambil setiap orang untuk menangani masalah batuk dan selesema. Jika di tanya pada saya, saya tidak mengamalkan sebarang ubat-ubatan moden atau ubat batuk. Saya cuma meminum madu dan tentunya air kelapa muda. Itu saja. Jika diserang batuk, apa yang saya amalkan ialah:

Batuk:
Satu sudu besar madu tualang dicampur dengan sedikit air kemudian kacau hingga madu larut, dan minum. Sebelum tu wajib baca bismillah, selawat dan doa agar Allah sembuhkan penyakit kita.

Selesema:
Air kelapa muda. Atau madu.

Anak saya pernah mengalami batuk yang teruk. Saya berikannya satu sudu madu dicampur sedikit air. Selang 4 jam saya beri seperti yang disarankan oleh pembekal madu tualang tersebut. Alhamdulillah dengan izin Allah sembuh dalam masa 3 hari tak silap saya. Madu yang saya amalkan ialah :

 Keluaran syairtimur

Keluaran N'Apis

Hanya dua madu ni saja menjadi amalan saya. Kedua-duanya sama daripada lebah tualang, cuma pembekal berlainan.


Tuesday, June 10, 2014

Air Kelapa Muda Penawar Demam

Entri 25



Assalamualaikum wbt.

Hari ini saya hendak berkongsi dengan anda tentang khasiat air kelapa muda. Umum mengetahui air kelapa muda banyak khasiatnya. Tetapi adakah kita meminumnya? Tepuk dada tanya hati. Sejujurnya, saya tidak pernah memberi anak saya ubat-ubat moden apabila anak saya diserang demam dan demam campak. Apa yang saya lakukan ialah cuma beri air kelapa muda sahaja. Mudah nak dapat, murah dan juga mujarab.  Begitu juga saya dan suami. Apabila diserang demam, kami cuma minum air kelapa muda sahaja. Saya lebih percaya dan yakin dengan khasiat khazanah alam kurniaan Allah ini berbanding ubat-ubat moden yang sememangnya mengandungi dadah. Negara kita sudah kaya dengan khazanah alam yang pelbagai khasiat dan penawar untuk pelbagai penyakit, kenapa kita tidak menggunakannya? Sayang sungguh.

Ok di bawah ini saya berikan khasiat air kelapa muda. Mana yang masih tidak tahu lagi khasiat air kelapa muda, silalah baca. Luangkan masa 5 minit sahaja untuk ilmu yang bermanfaat ini. Sumber dipetik daripada http://www.mylepak.net/news/khasiat_air_kelapa_muda/2012-07-29-623#axzz34IEYhAVg :



Kelapa merupakan buah yang berkait dengan mitos dan budaya malah dipanggil buah ajaib kerana perananya sangat penting dalam berbagai ritual keagamaan dan adat. Kelapa dipanggil pokok syurga kerana kelapa dipercayai dapat membawa kekuatan, kesihatan, umur yang panjang dan kedamaian. Selain itu, mineral yang terkandung dalam air kelapa mempunyai potensi besar untuk dikembangkan sebagai minuman isotonik untuk atlit dan pekerja buruh. 100 plus atau apa sahaja air isotonik berkarbonat adalah merosakkan sistem imunisasi tubuh kita. Penggunaan air kelapa telah dipraktikkan semenjak dahulu lagi kerana orang tua-tua sering memberi kelapa muda hijau ketika menderita demam atau campak.Adakah kita pernah terfikir kenapa pulau yang kecil tumbuh pokok kelapa? Ramai pelayar zaman dahulu yang terkandas di pulau, hanya menjadikan kelapa sebagai makanan dan minuman asasi mereka untuk terus hidup. Maka, bukan sia-sia air kelapa ini tuhan jadikan. 

Apakah kelebihan Air Kelapa Muda? Ia dianggap lebih berkhasiat berbanding susu lembu kerana kandungan lemaknya rendah dan ia tiada kolesterol. Ia lebih berkhasiat berbanding jus oren kerana kalorinya jauh lebih rendah. Ia juga lebih baik dari susu bayi yang diproses kerana ia mengandungi asid laurik yang wujud dalam susu ibu yang asli. Ia juga adalah penderma darah yang universal kerana sifatnya yang serupa dengan plasma darah manusia. Ia adalah minuman isotonik asli, tahapnya sama dengan apa yang ada dalam darah orang yang sihat. Air Kelapa Muda telah "menyelamatkan nyawa" ramai penduduk Dunia Ketiga melalui kaedah perubatan tradisional dan petua, tapi kita mungkin tidak perasan.






Jangan ambil mudah jika demam!

Entri 24


Apakah definisi demam?:
Demam adalah suatu keadaan di mana suhu badan melebihi 37'C disebabkan oleh jangkitan atau keradangan.

Tanda dan gejala:
  1. Badan panas bila disentuh
  2. Pernafasan meningkat
  3. Muka menjadi merah
  4. Tidak aktif dan lemah, sentiasa mahu tidur
  5. Resah gelisah
  6. Tiada selera makan
  7. Menggigil

Tindakan yang di ambil:
  1. Biarkan pesakit berehat di tempat yang mempunyai peredaran udara yang baik.
  2. Pakaikan pakaian nipis.
  3. Beri minum air yang banyak.
  4. Beri ubat menurut arahan
  5.  Mandi berjelum (mandi lap) jika suhu melebihi 380C

Amaran:
Sila bawa anak anda berjumpa doktor dengan segera sekiranya :-
  1. Anak anda mempunyai suhu yang tinggi kerana suhu yang tinggi berpanjangan boleh mengakibatkan sawan
  2. Demam yang berlarutan melebihi 3 hari, terutama sekiranya terdapat lapuran kes demam denggi, malaria atau sebarang penyakit bawaan nyamuk dikawasan sekitar.