Entri 28
Alhamdulillah, tinggal 3 hari je lagi umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan. Saya juga teruja dan ternanti-nanti untuk menyambut bulan Ramadhan kerana bulan Ramadhan bulan yang penuh ketenangan buat diri saya. Semoga kita sempat untuk merasai bulan Ramadhan tahun ini, InshaAllah. Bulan Ramadhan bulan yang penuh barakah. Jadi sama-samalah kita tingkatkan amalan kita seperti membaca Al-Quran, bersedekah, menunaikan solat Tarawih dan sebagainya. Bagi wanita yang sukar hendak ke masjid kerana menguruskan anak-anak kecil, wanita yang mengandung dan sebagainya, solat tarawih dirumah pun boleh, dan itu lebih baik sebenarnya. Semoga amalan membaca Al-Quran yang dilakukan pada bulan Ramadhan berterusan dan kekal dalam kehidupan harian kita. Sesungguhnya Al-Quran itu adalah syifa' (penawar). Kalau boleh, cuba sedaya upaya lakukan Solat Tahajjud atau Solat Hajat sepanjang bulan Ramadhan. Dan berdoalah penuh khusyuk dengan bersungguh-sungguh meminta ampun serta meminta hajat kita pada Allah. Semoga Allah mengmpunkan dosa-dosa kita dan mengabulkan doa kita. Aamin.
No comments:
Post a Comment