Assalamualaikum wbt.
Sudah berhari-hari saya tidak update blog. Keadaan diri dan masa membataskan saya. Alhamdulillah hari ini saya nak kongsikan doa yang saya amalkan setiap hari untuk anak saya.
Setiap malam ketika anak hendak tidur, saya bacakan doa padanya:
1) Doa tidur
2) Mengucap Dua Kalimah Syahadah
3) 3 Qul
4) Al-Fatihah
5) Ayat Kursi
5) Al-Insyirah
Selepas mengaminkan, saya sembur diubun-ubunya. Bacaan mestilah jelas bagi anak turut mendengarnya. Secara tidak langsung dia akan hafal doa-doa tersebut.
Ketika dia sudah mula nak melelapkan mata, iaitu dia dah masuk ke alam sedar antara tidak sedar, saya akan bisikkan di telinganya dengan kata-kata yang baik dan pujian, seperti:
'Arif anak yang baik, anak yang soleh,
'Arif cerdik, bijak, pandai zikir, pandai baca alif ba ta, pandai baca yasin'
'Jadi anak yang baik tau, dengar cakap umi dan ayah, jangan suka menangis, arif kene tabah, sabar, kuat, kena jadi anak yang baik dan soleh, umi dan ayah sayang arif.' -Terpulanglah pada ibu-bapa kata-kata baik apa yang kita nak sampaikan pada dia.
Begitulah setiap malam saya buat, inshaAllah semoga anakku menjadi anak yang soleh, hebat di dunia dan akhirat, diberi rezeki yang luas lagi berkah, diberi ilmu yang luas yang boleh memberi manfaat untuk diri sendiri dan juga orang lain serta fasih lidahnya membaca Al-Quran dan Hadith dengan berkat Nabi Muhammad SAW. Aaamin.
No comments:
Post a Comment