Assalamualaikum wbt.
Hari ini saya hendak berkongsi dengan anda tentang khasiat air kelapa muda. Umum mengetahui air kelapa muda banyak khasiatnya. Tetapi adakah kita meminumnya? Tepuk dada tanya hati. Sejujurnya, saya tidak pernah memberi anak saya ubat-ubat moden apabila anak saya diserang demam dan demam campak. Apa yang saya lakukan ialah cuma beri air kelapa muda sahaja. Mudah nak dapat, murah dan juga mujarab. Begitu juga saya dan suami. Apabila diserang demam, kami cuma minum air kelapa muda sahaja. Saya lebih percaya dan yakin dengan khasiat khazanah alam kurniaan Allah ini berbanding ubat-ubat moden yang sememangnya mengandungi dadah. Negara kita sudah kaya dengan khazanah alam yang pelbagai khasiat dan penawar untuk pelbagai penyakit, kenapa kita tidak menggunakannya? Sayang sungguh.
Ok di bawah ini saya berikan khasiat air kelapa muda. Mana yang masih tidak tahu lagi khasiat air kelapa muda, silalah baca. Luangkan masa 5 minit sahaja untuk ilmu yang bermanfaat ini. Sumber dipetik daripada http://www.mylepak.net/news/khasiat_air_kelapa_muda/2012-07-29-623#axzz34IEYhAVg :
Kelapa merupakan buah yang berkait dengan mitos dan budaya malah dipanggil buah ajaib kerana perananya sangat penting dalam berbagai ritual keagamaan dan adat. Kelapa dipanggil pokok syurga kerana kelapa dipercayai dapat membawa kekuatan, kesihatan, umur yang panjang dan kedamaian. Selain itu, mineral yang terkandung dalam air kelapa mempunyai potensi besar untuk dikembangkan sebagai minuman isotonik untuk atlit dan pekerja buruh. 100 plus atau apa sahaja air isotonik berkarbonat adalah merosakkan sistem imunisasi tubuh kita. Penggunaan air kelapa telah dipraktikkan semenjak dahulu lagi kerana orang tua-tua sering memberi kelapa muda hijau ketika menderita demam atau campak.Adakah kita pernah terfikir kenapa pulau yang kecil tumbuh pokok kelapa? Ramai pelayar zaman dahulu yang terkandas di pulau, hanya menjadikan kelapa sebagai makanan dan minuman asasi mereka untuk terus hidup. Maka, bukan sia-sia air kelapa ini tuhan jadikan.
Apakah kelebihan Air Kelapa Muda? Ia dianggap lebih berkhasiat berbanding susu lembu kerana kandungan lemaknya rendah dan ia tiada kolesterol. Ia lebih berkhasiat berbanding jus oren kerana kalorinya jauh lebih rendah. Ia juga lebih baik dari susu bayi yang diproses kerana ia mengandungi asid laurik yang wujud dalam susu ibu yang asli. Ia juga adalah penderma darah yang universal kerana sifatnya yang serupa dengan plasma darah manusia. Ia adalah minuman isotonik asli, tahapnya sama dengan apa yang ada dalam darah orang yang sihat. Air Kelapa Muda telah "menyelamatkan nyawa" ramai penduduk Dunia Ketiga melalui kaedah perubatan tradisional dan petua, tapi kita mungkin tidak perasan.
No comments:
Post a Comment