Tuesday, July 22, 2014

Seronoknya jadi kanak-kanak

Entri 44

Bilakah zaman paling indah? Rasanya semua akan memberi jawapan - zaman kanak-kanak. Zaman kanak-kanak dahulu lagi seronok berbanding zaman kanak-kanak sekarang. Dahulu zaman sebelum ledakan teknologi. Macam-macam aktiviti yang dibuat dengan kreativiti yang ada. Contoh senapang yang diperbuat daripada kayu siap dengan peluru daripada buah cemperai atau cherry, lastik ranting kayu, dan macam-macam lagi. Manakala permainan-permainan yang terkenal ialah seperti konda kondi, baling tin atau rounders, gasing, guli, ten teng, main getah, congkak dan banyak lagi. Seronoknya zaman itu. Berbeza zaman kanak-kanak sekarang yang lebih menghadap tablet, ipad dan komputer. Semuanya membuatkan otak tidak kreatif dan boleh mengundang penyakit.

Zaman dahulu juga kurang jenayah. pergi sekolah jalan kaki lorong rumah-rumah India, Cina yang banyak anjing pun tiada apa-apa. Tiada kes rogol. Tiada kes culik. Mak ayah tak berteman pun tak mengapa. Tapi zaman sekarang sungguh berbeza sekali. Semuanya tidak selamat. Kanak-kanak tidak boleh bermain sendirian bersama-sama kawan, mesti ade orang dewasa sebagai peneman. Sampaikan ada jual playground untuk kanak-kanak. Zaman kanak-kanak dahulu belum ada lagi benda-benda ni. Contoh macam anak saya. Hehe. Jom layan gambar dibawah:





Dah beli playground ni senang sikit. Hari-hari dapat main dalam rumah. Hehe sebenarnya saya teringin sangat nak beli bende alah ni.  Dalam gambar tu anak lelaki saya bersama sepupu-sepupunya. Memang seronok tengok mereka main, tak ingat nak balik sepupu-sepupunya tu walhal jam dah 12 malam.  Bila tengok mereka bermain, berlari, gelak ketawa, hati rasa gembira. Hilang segala masalah. Mereka anak yang masih kecil, tidak mengerti apa-apa lagi. Masih kene diuruskan.

Andai dapat ku undurkan masa, nak kembali ke zaman kanak-kanak. Tidak fikir apa, tiada masalah, hanya main saja yang tahu.



*kenangan lama menggamit kembali..*

Monday, July 21, 2014

Hotel lagi....

Entri 43

Assalamualaikum wbt

Masak apa hari ni? Hari ini saya berbuka dirumah ibu saya. Rumah ibu saya tidak jaun mana pun, depan rumah saya je, hehe. Seronok kan. Empat beradik yang dah berkeluarga duduk berdekatan dengan mak ayah. Sebab semuanya kerja di Shah Alam, yang dua lagi Putrajaya dan Banting. Rumah sayalah paling dekat, jerit je dah dengar. Hari ini suami saya berbuka diluar, jadi saya berbuka dirumah emaklah. Menu hari ini nak masak kew tiau goreng aja. Goreng sebungkus dan bawak ke rumah mak.

Oh ya, Jumaat yang lepas saya iftar di Hotel lagi, tahun ni asyik iftar di Hotel saja. Yang buat saya seronok sebab tak payah masak, hehe. Seperti biasa, tempat kerja suami yang sponsor. Bankrap suami saya kalau bajet sendiri asyik berbuka di Hotel. Kalau Gaji suami 15 ribu bolehla, ye dak? hihi. Jumaat lepas iftar di Grand Bluewave Shah Alam. Oh sedap-sedap makanannya, tapi memang tidaklah nak makan semua. makanannya banyak, maklumlah satu kepala RM100++. Tapi yang tak seronoknya tempat ambil makanan jauh dari tempat duduk. Agak mengah juga bagi orang macam saya yang dah sarat ni.

Secara jujurnya sebenarnya rasa bersalah pula berbuka di Hotel. Bila kita perhatikan, berlaku pembaziran yang teramat, sedangkan kita sebenarnya lebih digalakkan berbuka di Masjid. Huhu hati mula rasa bersalah...


Thursday, July 17, 2014

Jual Tudung

Entri 42

Assalamualaikum,

Hari ini genap 20 Ramadhan kita berpuasa. Sedihnya tinggal 10 hari saja lagi Ramadhan nak habis. Ok jom kita fokus pada tajuk. Jual tudung? Saya jual tudung ke? Ya, memang benar saya jual tudung, tetapi dalam talian, secara dropship. Alhamdulillah bulan ini ada juga orang beli tudung, adalah dalam berbelas helai tudung yang terjual. Walaupun tak cecah puluhan, tapi tetap bersyukur. :)

Macam-macam jenis tudung yang saya jual seperti shawl, tudng layer, shawl berawning, tanpa awning, instant hijab, tudung labuh berdagu, tudung lycra, awning kodroi, chiffon, silk, tudung syria, corak parsley dan banyak lagi. Daripada saiz kecil sampailah saiz XXL. Harga sangatlah berbaloi, harga mampu milik. Tidak terlalu mahal. Pendek kata harga tidak setanding dengan kualiti tudung.

Ini page saya :


                                                          Jemput like ye, terima kasih. :)

Selain itu saya juga menjual telekung lycra dewasa dan kanak-kanak. Nak tengok dengan jelas klik pada gambar ye.

                                                                  Comel sangat kan? :)


                                                                  Ni pun comel kan? :)

Kalau berminat roger-rogerlah saya ye.

Ok cukup untuk hari ini, kita sambung entri seterusnya..



Berbuka Puasa di Flamingo Hotel, Ampang

Entri 41

Sambungan daripada entri yang lepas, selepas keluar daripada Sunway, kami pun mencari lokasi untuk berbuka puasa. Pakcik google menjadi rujukan untuk mengetahui buffet-buffet Ramadhan. Akhirnya tempat yang di pilih ialah Hotel Flamingo, Ampang. Sebelum itu suami call untuk sahkan harga dan kekosongan. Dewasa seorang RM55. Murah juga macam tak percaya aje. Tinggal 3 table saja lagi ketika suami call. Selepas solat asar kami pun terus ke Hotel tersebut. Sampai di sana rasa agak lain macam sebab harga buffet yang tertulis dekat kain rentang di hotel tersebut ialah RM65. Suami pun call, rupa-rupanya yang RM55 tu untuk restorannya, di tingkat 5, bukan Hotel Flamingo punya buffet. At-last suami masuk terus jumpa di kaunter, buffet untuk hotel Flamingo RM85 seorang dewasa, yang RM65 itu baucer. Hehe. Nasib baik waktu tu ade 2 table sahaja lagi, suami saya terus daftar dan kami pun masuk. Dah malas nak cari tempat lain, tak sempat. Main redah aja. Hairan juga saya pada mulanya, murahnya RM55 buffet di Hotel Flamingo. Rupa-rupanya bukan hotel Flamingo. Keliru juga sebab dalam google tulis Hotel Flamingo.

Sedikit gambar kenang-kenangan:




                                            menangis tak kasi ambil pic dia :D :p

Wednesday, July 16, 2014

Membeli-belah di Sunway Piramid

Entri 40

Assalamualaikum,

Cuti Nuzul Quran tempoh hari, saya dan suami ke Sunway Piramid untuk membeli-belah. Dalam tengahari kami dah keluar rumah. Amboi bunyi macam shopping sakan, padahal takde pun. Sikit-sikit aja yang dibeli. Barang suami dan anak. Lokasi tempat kami membeli ialah Aeon. Memandangkan raya nak dekat, memang tengah Sale besar-besaran sekarang. 50%, 70%. Parking memang sangat penuh. 2-3 kali juga suami pusing, akhirnya dapat pun parking itu pun bahagian atas sekali. Kat bumbung. Nasib baik dalam Aeon orang belum mula sesak. Kira ok lagilah. Mungkin weekend ni dah mula sesak. Tapi kalau kat SOGO usah cakapla. Sesak sampai pening tak tau macam mana nak pilih. Itu suami yang cakap sebab dia baru pergi minggu lepas. Dia memang suka beli barang dia di Sogo. Maklumlah orang KL :p. Paling seronok shoping barang anak. Comel-comel baju dan seluar budak. Mak tidak bergaya tak mengapa, janji anak bergaya. hehe. Dah ada anak ni, memang lebih ke anak jelah. Selain itu kami ke Digi Centre kerana suami nak uruskan simcardnya. Jam 3 lebih barulah kami keluar daripada Sunway. Letih juga berjalan hari tu dengan keadaan sarat ditambah lagi dengan puasa. Tapi redah ajelah. :)



                       Sebelum keluar, sempat bawa anak melayan bende alah ni. Seronok dia. :)


Tempahan kuih Raya

Entri 39

Assalamualaikum

Tahun ni buat ke kuih raya? Saya ni terlebih rajin, kuih tunjuk sahaja. hehe. Mungkin satu jenis kuih je saya akan buat. Dah pasang angan-angan dah nak buat biskut chip cookies. Tapi entah bila nak beli bahan-bahannya. :p

Sebenarnya dalam masa yang sama saya juga menjual kuih-kuih raya secara dropship. Pertama kali saya jual kuih raya. Alhamdulillah 16 balang yang ditempah oleh pelanggan. Kuihnya memang menarik dan sedap-sedap. Jemput tatap kuih-kuih yang saya jual ye.




















wahh..tergoda tak tengok gambar?

Dan bawah ni respon daripada pembeli yang baru je kuih tersebut sampai ke tangannya:


Alhamdulillah.
InshaAllah tahun depan panjang umur jual lagi. :)

Iftar di Restoran Tupai-tupai Shah Alam

Entri 38

Assalamualaikum

Semoga sihat hendaknya dan sentiasa dibawah lindungan-Nya, aamin.

12 Julai yang lalu, saya bersama suami dan anak berbuka puasa beramai-ramai bersama adik-adik ipar, sepupu-sepupu belah suami dan juga pakcik sebelah suami. Restoran yang dipilih ialah Restoran Tupai-tupai seksyen 13 Shah Alam. Walaupun menetap di Shah Alam, ini pertama kali saya makan di restoran ini dan pertama kali saya mengetahui kewujudan restoran ini. Dasyat sungguh. haha. Restorannya memang cantik dan besar. Menu utamanya steambot dan nasi disamping makanan-makanan lain seperti bihun sup, mee sup, desert, kek, kuih muih, cucur udang dan lain-lain .Harga utk dewasa RM48, kanak-kanak RM25 (4 tahun - 11 tahun). Tempat solatnya agak kecik, dan sesak juga. Yelah orang ramai kan. Tidak mengapa asalkan ada tempat solat. Bagi saya tempat ni sesuai untuk makan-makan bersama keluarga, kawan-kawan dan juga saudara mara.

                                              Bergambar dihadapan Restoran Tupai-tupai

Iftar di Hotel De Palma Shah Alam

Entri 37

Assalamualaikum..

Bertemu kita kembali. Sekejapnya masa berlalu, hari ini dah 18 Ramadhan kita lalui. Semoga lagi 12 hari ini kita manfaatkan sepenuhnya. Hmm nak masak apa ye hari ini? Masih belum ada idea nak masak apa. Tapi apa pun masak yang simple-simple aja.

Kali ini saya nak cerita saya iftar di Hotel De Palma Shah Alam pula. Tidak jauh daripada rumah. Saya ni asyik update iftar di Hotel saja ya? Sejujurnya tiada niat nak menunjuk-nunjuk. Cuma nak berkongsi saja. Syukur Ya Allah, kali ini orang belanja juga, ofis tempat kerja suami. Seperti biasa, menunya pelbagai juadah dan sedap-sedap. Nasi putih, nasi hujan panas, udang galah, ayam masak kurma, lemak pucuk manis, makanan western pun ada, tradisional, puding roti, aneka jenis kek, kambing dan banyak lagi. Nasi hujan panasnya memang sedap. Saya suka. Cuma kambing saya dengar keluhan diorang tak sempat nak rasa. Dah habis. Cepatnya habis. Mungkin kambingnya tak banyak agaknya. Harga Buffet di De Palma Shah Alam ni untuk dewasa RM75, manakala kanak-kanak RM37.50. Menu di De Palma Hotel ni agak menyelerakan tekak saya berbanding di SACC Convention Centre hari tu. Tempat solat ok, tiada masalah. Mana-mana hotel yang menyediakan Buffet Ramadhan, haruslah sediakan tempat solat yang selesa, betul tak? Kalau tak tentulah orang tak nak datang.

Ok cukup untuk hari ini, jumpa lagi entri akan datang! :)


Anak bujang saya. Aktif dan seronok dia :)



Monday, July 14, 2014

Iftar di SACC Convention Centre

Entri 36

Assalamualaikum

Sebenarnya majlis iftar di SACC Convention Centre ni dah lepas, tetapi saya baru nak update. Majlis ni orang belanja. Alhamdulillah rezeki, dapat makan free :) Pertama kali saya berbuka di SACC ni, lagi pun SACC ni baru lagi.

Biasalah, macam-macam makanan ada, cuma larat tak larat je nak masuk perut. Bab lauk bagi saya agak kurang, yang lain-lain ok. Tapi suami kata lauknya sedap je. Mungkin tekak orang mengandung kot. Dalamnya sangatlah besar, saya tak tahu berapa ratus manusialah agaknya dalam tu yang berbuka puasa.
Tempat solat pun ok, tak besar dan tak terlalu kecil. Sederhana. Kira selesa lah juga. Cumanya hari tu saya tak dapat nak makan banyak-banyak, rasa nak muntah. Sayang betul. hehe. Tapi apa pun bersyukurlah dapat makan percuma orang belanja.

                                                             Bergambar kenangan

Tuesday, July 8, 2014

Hukum Bersahur

Entri 35

1. Sahur itu adalah sunnah. Sekalipun ia tidak diwajibkan, namun amat-amat digalakkan. Bahkan ia dijadikan pembeza antara sahur muslim dan sahur Yahudi. Sabda Nabi s.a.w:
"Pembeza antara puasa kita dan puasa Ahli Kitab adalah makan sahur". (Riwayat Muslim).
Maka, kita berpuasa kerana ingin mengabdikan diri kepada Allah dan kita berlumba-lumba melakukan perkara yang di sukai Allah pada bulan Ramadan ini, maka ikutilah sunnah Nabi s.a.w termasuk dalam bersahur. Besarnya rahmat Allah, sehingga seseorang yang bangun bersahur agar dia bertenaga esok harinya ketika berpuasa, dihitung sebagai ibadah yang diberi ganjaran.

2. Allah jadikan keberkatan dalam bersahur. Sabda Nabi s.a.w:
"Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan". (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Barakah adalah sesuatu yang mustahak dalam kehidupan ini. Manusia mungkin memiliki berbagai perkara, tetapi jika ianya tidak diberkati Allah, maka segala kebaikan yang diharapkan akan hilang. Mencari keberkatan adalah sesuatu yang amat penting dalam hidup ini. Dalam sahur itu ada keberkatan buat puasa yang bakal dilaksanakan dan kehidupan individu yang berpuasa secara umumnya. Semoga kita memperolehinya.

3. Bersahur itu terhasil dengan memakan apa-apa makanan yang halal, atau meminum apa-apa minuman yang halal. Sabda Nabi s.a.w:
"Sesiapa yang ingin berpuasa maka bersahurlah dengan sesuatu" (Riwayat Ahmad, disahihkn dengan syawahid).

Berdasarkan hadis, kita digalakkan bersahur dengan tamar. Nabi s.a.w bersabda:
"Sebaik-baik sahur orang mukmin ialah tamar". (Riwayat Abu Daud, Ibn Hibban dan Al-Baihaqi, sanadnya sahih).

Maka dengan ini kita bukan sahaja digalakkanberbuka puasa dengan tamar, malah digalakkan untuk bersahur dengan tamar. Maka ambillah sekurang-kurangnya sebiji tamar semasa bersahur, semoga mendapat pahala tambahan.

4. Kita disunnahkan untuk melewatkan sahur. Perkataan sahur itu sendiri merujuk kepada akhir malam atau sepertiga akhir malam. Ini seperti firman Allah:
"Pada waktu sahur mereka memohon keampunan" (Surah Ali 'Imran:17)

Bersahur terlalu awal bukanlah sesuatu yang digalakkan sebaliknya disunnahkan melewatkannya.
Kata Zaid bin Thabit: "Kami bersahur bersama Rasulullah, kemudian terus pergi untuk bersolat (Subuh)". Anas bin Malik bertanya beliau: "Berapa lama antara sahur azan dan sahur tersebut?"'
Jawab Zaid: "Kadar 50 ayat (Al-Quran)". (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Hadith ini menunjukkan bahawa betapa lewatnya sahur Nabi s.a.w. Jika 50 ayat dibaca, kadarnya lebih kurang beberapa minit. Di tempoh itulah Nabi s.a.w menghentikan sahur untuk bersiap menuju solat.

5. Waktu sahur berlanjutan sehinggalah masuknya waktu subuh. Andaian bahawa puasa itu mesti bemula sepuluh atau dua puluh minit sebelum subuh adalah tidak tepat. Hadis Zaid di atas tadi, bukan menunjukkan sahur itu wajib berhenti kadar 50 ayat sebelum azan, tetapi menunjukkan amalan Nabi s.a.w yang dilihat oleh Zaid. Buktinya, Aisyah r.a menyebut:
"Sesungguhnya Bilal azan pada waktu malam (azan pertama Subuh, sebelum masuk waktu). Maka Rasulullah s.a.w. pun bersabda"Makan dan minumlah sehingga Ibn Ummi Maktum azan, kerana beliau tidak akan azan melainkan setelah masuk waktu fajar (subuh)"(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini menunjukkan pada zaman Nabi s.a.w ada dua kali azan bagi waktu subuh. Ini seperti yang diamalkan di kebanyakan dunia Islam terutamanya Mekah dan Madinah. Azan pertama sebelum masuk waktu, ia dilaungkn oleh Bilah bin Rabah. Azan kedua, oleh sahabat Nabi s.a.w yang merupakan seorang buta, beliau Abdullah ibn Ummi Maktum. Maka Nabi s.a.w mengizinkan seseorang yang hendak berpuasa itu makan sehingga azan kedua, iaitu masuk waktu Subuh yang sebenar, maka barulah berhenti.

6. Al-Quran sendiri menjelaskan tentang hal ini dengan menyatakan (maksudnya):
"Makan dan minumlah kamu sehingga ternyata benang putih dari benang hitam dari waktu fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sehingga waktu malam" (Surah al-Baqarah:187).
Maka penentu bagi waktu terakhir sahur adalah masuknya waktu subuh yang sebenar, bukan beberapa minit atau belasan minit sebelum subuh. Dalam riwayat Muslim, Nabi s.a.w bersabda: "Jangan kamu tersilap disebabkan azan Bilal, ataupun warna putih sehinggalah kelihatan waktu fajar (sebenar)".

7. Maka berdasar Al-Quran dan hadis-hadis di atas, juga pelbagai riwayat yang lain, maka waktu 'imsak' yang sebenarnya bermula apabila masuknya waktu Subuh, bukan beberapa minit atau belasan minit sebelum Subuh. Maka apabila seseorang bangun bersahur dan didapati waktu subuh belum masuk sekalipun hanya tinggal beberapa minit, dia tetap boleh memakan sahurnya sehinggalah masuknya waktu subuh.

8. Bersahur di samping membantu kita untuk lebih cergas semasa berpuasa, ia juga mendidik seseorang untuk bangun pada sepertiga yang akhir malam. Ini kerana waktu tersebut adalah waktu yang mempunyai kelebihan untuk ibadah dan dimustajabkan doa serta istighfar. Dalam hadis, Rasulullah s.a.w bersabda:

"Tuhan kita Yang Maha Berkat dan Agung turun setiap malam ke langit dunia, ketika hanya tinggal sepertiga malam yang akhir. Lalu berfirman: "Sesiapa yang berdoa kepadaKu, akan Aku perkenankan untuknya. Sesiapa yang meminta kepadaKu, akan Aku ampunkannya" (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim). Hadis ini menunjukkan fadilat berdoa dan beristighfar pada waktu sepertiga malam yang akhir. Maka dengan seseorang bangun pada waktu tersebut memberikan peluang dan ruang kepadanya untuk berdoa dan memohon hajat kepada Allah pada waktu tersebut.

9. Puasa adalah proses mengabdikan diri kepada Allah SWT. Jika seseorang itu berpuasa serta mengikuti sunnah-sunnah bagi seseorang yang berpuasa, maka mudah-mudahan mencapai hakikat taqwa. Ia akan mendidik diri dengan berbagai kebaikan yang lain, termasuklah qiyamullail atau 'bangun malam beribadah'. Sahur adalah satu program penting yang jika dihayati dengan baik, membentuk diri menjadi insan yang menghampirkan diri kepada Allah.



Sumber: Dr Mohd Asri

Monday, July 7, 2014

Juadah buka puasa, beli atau masak?

Entri 34

Assalamualaikum,

Alhamdulillah dah 10 Ramadhan kita berpuasa. Syukur kerana diberi kesihatan yang baik walaupun dalam keadaan sarat begini, ku gagahkan jua untuk berpuasa.

Sepanjang berpuasa 10 hari ni, apakah juadah anda semua? masak atau beli di bazar? Saya memilih untuk memasak sendiri. Jimat dan dari segi kesihatan dan kebersihan pun terjaga. Yelah kita tak tau kan macam mana dia masak, banyak mana minyak yang diguna, banyak mana letak ajinomoto, MSG dan lain-lain. Kalau masak sendiri semua bahan-bahan tu tak letak pun. Kalau beli pun suami cuma beli samosa dan kuih-kuih lain. Air pun buat sendiri sahaja, potong buah dan terus blend. Kalau diikutkn memang sangat letih, anak lagi, tengah sarat mengandung lagi, tapi puas hati dapat masak untuk suami dan anak. Air tangan isteri tu kan lebih berkat. Sudahnya lepas berbuka, solat dan baca Quran, saya terbaring atas tilam. Pengsan keletihan dan nafas tercungap-cungap agak susah nak bernafas. Hehe biasalah tu ibu mengandung. :) Menu berbuka puasa semalam ialah ayam masak kicap, petola masak tumis, sambal cili api dan sosej cheese roll. Air pula suami buatkan air tembikai. Menu tu suami yang minta. Masak simple-simple je, Alhamdulillah kenyang dan puas hati. Tak payah membazir. :)

p/s Gambar takde sebab lupa nak snap :p

Rasanya cukup untuk hari ini, selamat berpuasa dan berbuka ye!
Jumpa di next entri :)



Thursday, July 3, 2014

Hukum Wanita Hamil Berpuasa

Entri 33

Kebanyakan Ulama berpendapat bahawa tidak boleh berpuasa jika si ibu khuatirkan keselematan bayi dan kesihatan mereka terjejas kerana tidak makan dan minum.

Ini bertetapan dengan firman Allah:

Surah Al-Nisa' 4:29: 'Dan Janganlah kamu membunuh diri kamu'

Sural Al-Baqarah 2:195: Dan jangan kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan'


Terdapat dua hukum dalam keadaan ini. Hukum pertama ialah wanita hamil yang bimbang kesihatan dan keselamatan dirinya ketika berpuasa. Ulama bersependapat wanita yang hamil dan bimbang akan keselamatan dirinya, maka mereka hanya wajib menggantikan puasa sahaja dan tidak harus membayar fidyah kerana dalam keadaan ini wanita hamil itu sakit dan dalam bahaya.

Hukum kedua ialah wanita hamil yang sihat tetapi bimbang keselamatan dan kesihatan bayi didalam rahimnya. Dalam hal ini Ulama bersependapat dibolehkan berbuka puasa tetapi harus menggantikannya dihari lain dan harus membayar fidyah.

Dalam fatwa Al-Shaykh Ibn Baaz (lihat juga Al-Mawsoo'ah Al-Fiqhiyyah, 16/272) memberitahu adalah wajib bagi wanita untuk berbuka puasa jika puasanya mendatangkan kemudaratan kepada dirinya atau bayinya dengan syarat ia dinasihat oleh doktor Muslim yang baik.

Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Gambar: Google



Adakah Selamat Wanita Hamil Berpuasa?

Entri 32





Sepanjang bulan Ramadhan, ramai dikalangan kita yang bersungguh-sungguh mengejar barakah didalam bulan Ramadhan dengan mengerjakan amalan berpuasa dengan sempurna. Bagi lelaki dan wanita yang tidak hamil, tentunya ia tidak menjadi masalah. Bagaimana pula dengan wanita hamil?

Pakar perubatan sendiri tidak menggalakkn mereka berpuasa terutama pada 3 bulan yang pertama. Ini kerana kehamilan diperingkat awal selalunya memberikan komplikasi yang tidak menyenangkan bagi wanita hamil kerana disaat ini bayi memerlukan nutrien yang secukupnya. Namun begitu ramai wanita hamil yang tidak mahu mensia-siakan keberkatan dan peluang untuk beramal di bulan ini. Kebanyakan Ulama juga tidak menggalakkan wanita hamil berpuasa jika ia memudaratkan bayi atau diri wanita yang hamil itu sendiri.

Beberapa pakar perubatan juga memberikan pendapat yang berbeza sama ad setiap wanita hamil boleh meneruskan ibadah puasa atau meninggalkannya sepanjang kehamilan. Tiada suatu pendapat seragam yang sesuai digunakan untuk semua wanita hamil. Oleh itu doktor harus menilai wanita hamil secara individual kerana hukum bagi wanita hamil yang berpuasa juga berbeza bagi setiap orang.

Oleh itu janganlah mensia-siakan kemudahan yang Allah berikan pada wanita yang hamil. Hanya mereka sendiri yang dapat mengetahui kekuatan diri mereka untuk berpuasa. Oleh itu jika mengalami kekeliruan terhadap kesihatan haruslah berjumpa dengan doktor untuk berbincang.


Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Gambar: Google

Tuesday, July 1, 2014

Ramadhan Kareem

Entri 31

Salam Ramadhan, Ramadhan Kareem, Wallahu Akram

Alhamdulillah, hari ini hari yang ke empat umat Islam berpuasa. Cuaca juga tidak begitu terik seperti bulan lepas. Turun juga hujan. Sungguh mencabar puasa tahun ini memandangkan keadaan diri yang sedang sarat mengandung. Semoga dipermudahkan Allah. Aamin.

Masih belum terlewat untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada pembaca sekalian, Sungguh saya tidak larat nak update blog sejak dari puasa pertama, kedua dan ketiga. Hari ke empat pada hari ini barulah datangnya kudrat jari jemari ini untuk menaip dan barulah muncul idea dibenak fikiran ini. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dipanjangkan usia dan dapat ditemukan sekali lagi dengan Ramadhan 1435H. Kita semua tahun bahawa bulan Ramadhan bulan yang penuh barakah dan bulan Ramadhan bulan Al-Quran. Jangalah kita melepaskan peluang berharga ini. Kerana Ramadhan datang setahun sekali. Belum tentu kita akan dapat melaluinya tahun akan datang. Jadi marilah kita menghidupkan amalan membaca Al-Quran. Semoga istiqamah dan berterusan dalam kehidupan seharian kita. Sehari satu muka pun tidak mengapa, yang penting jangan ditinggalkan. Takut hati akan mati. Itu yang membuatkan liat nak baca Al-Quran. Peringatan untuk diri ini juga. Selain itu, cubalah sedaya upaya lakukan solat tahajjud, kurangkan menonton cerita-cerita hiburan dan jauhkan daripada segala perkara yang lagha. 

Apabila diperhatikan , bulan Ramadhan juga adalah bulan yang banyak melakukan pembaziran. Semuanya kerana nafsu nak makan macam-macam. Sudahnya bila berbuka, hanya beberapa jenis je yang dijamah. Cuba bayangkan di negara Somalia contohnya, mereka disana susahnya nak dapatkan makanan dan sangat kebuluran. Berbeza dengan negara kita yang mewah dengah makanan. Jadi sama-samalah kita beringat, elakkanlah pembaziran. Belanjalah dengan seadanya. 

Rasanya cukup setakat ini coretan untuk hari ini. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang lemah itu daripada saya sendiri. Semoga ibadah kita di bulan Ramadhan ini diterima Allah. Aamin.