Entri 31
Salam Ramadhan, Ramadhan Kareem, Wallahu Akram
Alhamdulillah, hari ini hari yang ke empat umat Islam berpuasa. Cuaca juga tidak begitu terik seperti bulan lepas. Turun juga hujan. Sungguh mencabar puasa tahun ini memandangkan keadaan diri yang sedang sarat mengandung. Semoga dipermudahkan Allah. Aamin.
Masih belum terlewat untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada pembaca sekalian, Sungguh saya tidak larat nak update blog sejak dari puasa pertama, kedua dan ketiga. Hari ke empat pada hari ini barulah datangnya kudrat jari jemari ini untuk menaip dan barulah muncul idea dibenak fikiran ini. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dipanjangkan usia dan dapat ditemukan sekali lagi dengan Ramadhan 1435H. Kita semua tahun bahawa bulan Ramadhan bulan yang penuh barakah dan bulan Ramadhan bulan Al-Quran. Jangalah kita melepaskan peluang berharga ini. Kerana Ramadhan datang setahun sekali. Belum tentu kita akan dapat melaluinya tahun akan datang. Jadi marilah kita menghidupkan amalan membaca Al-Quran. Semoga istiqamah dan berterusan dalam kehidupan seharian kita. Sehari satu muka pun tidak mengapa, yang penting jangan ditinggalkan. Takut hati akan mati. Itu yang membuatkan liat nak baca Al-Quran. Peringatan untuk diri ini juga. Selain itu, cubalah sedaya upaya lakukan solat tahajjud, kurangkan menonton cerita-cerita hiburan dan jauhkan daripada segala perkara yang lagha.
Apabila diperhatikan , bulan Ramadhan juga adalah bulan yang banyak melakukan pembaziran. Semuanya kerana nafsu nak makan macam-macam. Sudahnya bila berbuka, hanya beberapa jenis je yang dijamah. Cuba bayangkan di negara Somalia contohnya, mereka disana susahnya nak dapatkan makanan dan sangat kebuluran. Berbeza dengan negara kita yang mewah dengah makanan. Jadi sama-samalah kita beringat, elakkanlah pembaziran. Belanjalah dengan seadanya.
Rasanya cukup setakat ini coretan untuk hari ini. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang lemah itu daripada saya sendiri. Semoga ibadah kita di bulan Ramadhan ini diterima Allah. Aamin.
No comments:
Post a Comment