Thursday, July 3, 2014

Adakah Selamat Wanita Hamil Berpuasa?

Entri 32





Sepanjang bulan Ramadhan, ramai dikalangan kita yang bersungguh-sungguh mengejar barakah didalam bulan Ramadhan dengan mengerjakan amalan berpuasa dengan sempurna. Bagi lelaki dan wanita yang tidak hamil, tentunya ia tidak menjadi masalah. Bagaimana pula dengan wanita hamil?

Pakar perubatan sendiri tidak menggalakkn mereka berpuasa terutama pada 3 bulan yang pertama. Ini kerana kehamilan diperingkat awal selalunya memberikan komplikasi yang tidak menyenangkan bagi wanita hamil kerana disaat ini bayi memerlukan nutrien yang secukupnya. Namun begitu ramai wanita hamil yang tidak mahu mensia-siakan keberkatan dan peluang untuk beramal di bulan ini. Kebanyakan Ulama juga tidak menggalakkan wanita hamil berpuasa jika ia memudaratkan bayi atau diri wanita yang hamil itu sendiri.

Beberapa pakar perubatan juga memberikan pendapat yang berbeza sama ad setiap wanita hamil boleh meneruskan ibadah puasa atau meninggalkannya sepanjang kehamilan. Tiada suatu pendapat seragam yang sesuai digunakan untuk semua wanita hamil. Oleh itu doktor harus menilai wanita hamil secara individual kerana hukum bagi wanita hamil yang berpuasa juga berbeza bagi setiap orang.

Oleh itu janganlah mensia-siakan kemudahan yang Allah berikan pada wanita yang hamil. Hanya mereka sendiri yang dapat mengetahui kekuatan diri mereka untuk berpuasa. Oleh itu jika mengalami kekeliruan terhadap kesihatan haruslah berjumpa dengan doktor untuk berbincang.


Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Gambar: Google

No comments:

Post a Comment