Entri 33
Kebanyakan Ulama berpendapat bahawa tidak boleh berpuasa jika si ibu khuatirkan keselematan bayi dan kesihatan mereka terjejas kerana tidak makan dan minum.
Ini bertetapan dengan firman Allah:
Surah Al-Nisa' 4:29: 'Dan Janganlah kamu membunuh diri kamu'
Sural Al-Baqarah 2:195: Dan jangan kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan'
Terdapat dua hukum dalam keadaan ini. Hukum pertama ialah wanita hamil yang bimbang kesihatan dan keselamatan dirinya ketika berpuasa. Ulama bersependapat wanita yang hamil dan bimbang akan keselamatan dirinya, maka mereka hanya wajib menggantikan puasa sahaja dan tidak harus membayar fidyah kerana dalam keadaan ini wanita hamil itu sakit dan dalam bahaya.
Hukum kedua ialah wanita hamil yang sihat tetapi bimbang keselamatan dan kesihatan bayi didalam rahimnya. Dalam hal ini Ulama bersependapat dibolehkan berbuka puasa tetapi harus menggantikannya dihari lain dan harus membayar fidyah.
Dalam fatwa Al-Shaykh Ibn Baaz (lihat juga Al-Mawsoo'ah Al-Fiqhiyyah, 16/272) memberitahu adalah wajib bagi wanita untuk berbuka puasa jika puasanya mendatangkan kemudaratan kepada dirinya atau bayinya dengan syarat ia dinasihat oleh doktor Muslim yang baik.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Gambar: Google
No comments:
Post a Comment