Friday, June 27, 2014

Beli Kain di Jakel

Entri 30


Memandangkan puasa semakin hampir, Rabu yang lepas saya dan suami pergi ke Jakel untuk membeli kain baju Melayu suami dan anak lelaki kami. Suami lebih suka membeli kain dan tempah daripada beli 'ready made'. Ikuktkan memang dah tersangat lewat kalau nak hantar tempah baju untuk raya. Mana-mana kedai tempahan baju semua dah tak nak terima tempahan kerana dah terlalu banyak. Tapi baju suami dan anak kami hantar tempah pada abang ipar. Jadi tiadalah risau sangat maklumlah abang ipar sendiri, hehe.

Orang perempuan kalau bab melihat kain-kain, baju-baju ini memang seronok. Apetah lagi masuk ke Jakel yang terkenal dengan gedung kain yang terbesar dan cantik-cantik. Kebanyakan kain semua dah terpampang harga diskaun. Rambang mata menengok macam-macam jenis kain, lagi-lagi corak parsley kesukaan saya. Tetapi saya hanya cuci mata sahaja maklumlah baju raya saya tahun ini baju mengandung. Untuk tahun ini, kami memilih tema royal blue.


Paper bag yang cantik. Husband request macam ni. :)


Sekian untuk hari ini, jumpa lagi di next entry ye! :)


Wednesday, June 25, 2014

Doa Ibu untuk Anak

Entri ke 29.

Assalamualaikum wbt.

Sudah berhari-hari saya tidak update blog. Keadaan diri dan masa membataskan saya. Alhamdulillah hari ini saya nak kongsikan doa yang saya amalkan setiap hari untuk anak saya.

Setiap malam ketika anak hendak tidur, saya bacakan doa padanya:

1) Doa tidur
2) Mengucap Dua Kalimah Syahadah
3) 3 Qul
4) Al-Fatihah
5) Ayat Kursi
5) Al-Insyirah

Selepas mengaminkan, saya sembur diubun-ubunya. Bacaan mestilah jelas bagi anak turut mendengarnya. Secara tidak langsung dia akan hafal doa-doa tersebut.

Ketika dia sudah mula nak melelapkan mata, iaitu dia dah masuk ke alam sedar antara tidak sedar, saya akan bisikkan di telinganya dengan kata-kata yang baik dan pujian, seperti:

'Arif anak yang baik, anak yang soleh,
'Arif cerdik, bijak, pandai zikir, pandai baca alif ba ta, pandai baca yasin'
'Jadi anak yang baik tau, dengar cakap umi dan ayah, jangan suka menangis, arif kene tabah, sabar, kuat, kena jadi anak yang baik dan soleh, umi dan ayah sayang arif.' -Terpulanglah pada ibu-bapa kata-kata baik apa yang kita nak sampaikan pada dia.

Begitulah setiap malam saya buat, inshaAllah semoga anakku menjadi anak yang soleh, hebat di dunia dan akhirat, diberi rezeki yang luas lagi berkah, diberi ilmu yang luas yang boleh memberi manfaat untuk diri sendiri dan juga orang lain serta fasih lidahnya membaca Al-Quran dan Hadith dengan berkat Nabi Muhammad SAW. Aaamin.




Ramadhan Datang Lagi

Entri 28






Alhamdulillah, tinggal 3 hari je lagi umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan. Saya juga teruja dan ternanti-nanti untuk menyambut bulan Ramadhan kerana bulan Ramadhan bulan yang penuh ketenangan buat diri saya. Semoga kita sempat untuk merasai bulan Ramadhan tahun ini, InshaAllah. Bulan Ramadhan bulan yang penuh barakah. Jadi sama-samalah kita tingkatkan amalan kita seperti membaca Al-Quran, bersedekah, menunaikan solat Tarawih dan sebagainya. Bagi wanita yang sukar hendak ke masjid kerana menguruskan anak-anak kecil, wanita yang mengandung dan sebagainya, solat tarawih dirumah pun boleh, dan itu lebih baik sebenarnya. Semoga amalan membaca Al-Quran yang dilakukan pada bulan Ramadhan berterusan dan kekal dalam kehidupan harian kita. Sesungguhnya Al-Quran itu adalah syifa' (penawar). Kalau boleh, cuba sedaya upaya lakukan Solat Tahajjud atau Solat Hajat sepanjang bulan Ramadhan. Dan berdoalah penuh khusyuk dengan bersungguh-sungguh meminta ampun serta meminta hajat kita pada Allah. Semoga Allah mengmpunkan dosa-dosa kita dan mengabulkan doa kita. Aamin.

Wednesday, June 18, 2014

Shawl Jahit sambung

Entri 27

Di masa kini, shawl menjadi kegilaan ramai terutama dikalangan remaja dan tidak kurang juga dikalangan ibu-ibu yang bekerjaya untuk tampil cantik, elegan dan menarik.  Seperti yang kita ketahui, terdapat shawl seperti halfmoon shawl, long shawl dan wide shawl. Kini terdapat shawl jahit sambung yang cantik dengan aneka warna dan coraknya yang menarik yang semakin diminati.

Dibawah beberapa contoh jahitan sambung untuk pelbagai fesyen shawl.

Gambar: http://nashfesyen.blogspot.com/

 

Shawl di atas adalah shawl panjang empat segi yang disambung secara melintang ditengah-tengah kain yang berlainan warna.
 
 
 

Shawl di atas pula disambung secara menegak ditengah-tengah kain dengan 2 kepingan kain berlainan warna dan corak.
 
 
 Shawl ini disambung pada bahagian melengkung dengan kain warna plain dan kain glitter dengan potongan half moon. Di bahgian atasnya pula dijahit dengan lace.



Shawl ini disambung dengan dua kepingan kain berwarna plain dengan hujungnya dipotong separuh bulatan
 
 
Semoga gambar-gambar diatas menjadi panduan kepada yang ingin menjahit pelbagai jenis shawl sambung. Selamat Mencuba ye!
 
 

Wednesday, June 11, 2014

Ubat Mujarab Batuk dn Selesema

Entri 26


Semua orang didunia ini pernah mengalami batuk dan selesema. Begitu juga saya. Cuma yang berbezanya rawatan apakah yang di ambil setiap orang untuk menangani masalah batuk dan selesema. Jika di tanya pada saya, saya tidak mengamalkan sebarang ubat-ubatan moden atau ubat batuk. Saya cuma meminum madu dan tentunya air kelapa muda. Itu saja. Jika diserang batuk, apa yang saya amalkan ialah:

Batuk:
Satu sudu besar madu tualang dicampur dengan sedikit air kemudian kacau hingga madu larut, dan minum. Sebelum tu wajib baca bismillah, selawat dan doa agar Allah sembuhkan penyakit kita.

Selesema:
Air kelapa muda. Atau madu.

Anak saya pernah mengalami batuk yang teruk. Saya berikannya satu sudu madu dicampur sedikit air. Selang 4 jam saya beri seperti yang disarankan oleh pembekal madu tualang tersebut. Alhamdulillah dengan izin Allah sembuh dalam masa 3 hari tak silap saya. Madu yang saya amalkan ialah :

 Keluaran syairtimur

Keluaran N'Apis

Hanya dua madu ni saja menjadi amalan saya. Kedua-duanya sama daripada lebah tualang, cuma pembekal berlainan.


Tuesday, June 10, 2014

Air Kelapa Muda Penawar Demam

Entri 25



Assalamualaikum wbt.

Hari ini saya hendak berkongsi dengan anda tentang khasiat air kelapa muda. Umum mengetahui air kelapa muda banyak khasiatnya. Tetapi adakah kita meminumnya? Tepuk dada tanya hati. Sejujurnya, saya tidak pernah memberi anak saya ubat-ubat moden apabila anak saya diserang demam dan demam campak. Apa yang saya lakukan ialah cuma beri air kelapa muda sahaja. Mudah nak dapat, murah dan juga mujarab.  Begitu juga saya dan suami. Apabila diserang demam, kami cuma minum air kelapa muda sahaja. Saya lebih percaya dan yakin dengan khasiat khazanah alam kurniaan Allah ini berbanding ubat-ubat moden yang sememangnya mengandungi dadah. Negara kita sudah kaya dengan khazanah alam yang pelbagai khasiat dan penawar untuk pelbagai penyakit, kenapa kita tidak menggunakannya? Sayang sungguh.

Ok di bawah ini saya berikan khasiat air kelapa muda. Mana yang masih tidak tahu lagi khasiat air kelapa muda, silalah baca. Luangkan masa 5 minit sahaja untuk ilmu yang bermanfaat ini. Sumber dipetik daripada http://www.mylepak.net/news/khasiat_air_kelapa_muda/2012-07-29-623#axzz34IEYhAVg :



Kelapa merupakan buah yang berkait dengan mitos dan budaya malah dipanggil buah ajaib kerana perananya sangat penting dalam berbagai ritual keagamaan dan adat. Kelapa dipanggil pokok syurga kerana kelapa dipercayai dapat membawa kekuatan, kesihatan, umur yang panjang dan kedamaian. Selain itu, mineral yang terkandung dalam air kelapa mempunyai potensi besar untuk dikembangkan sebagai minuman isotonik untuk atlit dan pekerja buruh. 100 plus atau apa sahaja air isotonik berkarbonat adalah merosakkan sistem imunisasi tubuh kita. Penggunaan air kelapa telah dipraktikkan semenjak dahulu lagi kerana orang tua-tua sering memberi kelapa muda hijau ketika menderita demam atau campak.Adakah kita pernah terfikir kenapa pulau yang kecil tumbuh pokok kelapa? Ramai pelayar zaman dahulu yang terkandas di pulau, hanya menjadikan kelapa sebagai makanan dan minuman asasi mereka untuk terus hidup. Maka, bukan sia-sia air kelapa ini tuhan jadikan. 

Apakah kelebihan Air Kelapa Muda? Ia dianggap lebih berkhasiat berbanding susu lembu kerana kandungan lemaknya rendah dan ia tiada kolesterol. Ia lebih berkhasiat berbanding jus oren kerana kalorinya jauh lebih rendah. Ia juga lebih baik dari susu bayi yang diproses kerana ia mengandungi asid laurik yang wujud dalam susu ibu yang asli. Ia juga adalah penderma darah yang universal kerana sifatnya yang serupa dengan plasma darah manusia. Ia adalah minuman isotonik asli, tahapnya sama dengan apa yang ada dalam darah orang yang sihat. Air Kelapa Muda telah "menyelamatkan nyawa" ramai penduduk Dunia Ketiga melalui kaedah perubatan tradisional dan petua, tapi kita mungkin tidak perasan.






Jangan ambil mudah jika demam!

Entri 24


Apakah definisi demam?:
Demam adalah suatu keadaan di mana suhu badan melebihi 37'C disebabkan oleh jangkitan atau keradangan.

Tanda dan gejala:
  1. Badan panas bila disentuh
  2. Pernafasan meningkat
  3. Muka menjadi merah
  4. Tidak aktif dan lemah, sentiasa mahu tidur
  5. Resah gelisah
  6. Tiada selera makan
  7. Menggigil

Tindakan yang di ambil:
  1. Biarkan pesakit berehat di tempat yang mempunyai peredaran udara yang baik.
  2. Pakaikan pakaian nipis.
  3. Beri minum air yang banyak.
  4. Beri ubat menurut arahan
  5.  Mandi berjelum (mandi lap) jika suhu melebihi 380C

Amaran:
Sila bawa anak anda berjumpa doktor dengan segera sekiranya :-
  1. Anak anda mempunyai suhu yang tinggi kerana suhu yang tinggi berpanjangan boleh mengakibatkan sawan
  2. Demam yang berlarutan melebihi 3 hari, terutama sekiranya terdapat lapuran kes demam denggi, malaria atau sebarang penyakit bawaan nyamuk dikawasan sekitar.

Monday, June 9, 2014

Jahit Selendang Sendiri

Entri 23

Memandangkan bulan Ramadhan semakin hampir, ramai yang sudah sibuk membuat persiapan untuk hari raya walaupun bulan puasa belum tiba lagi! :D Semua dah fikir nak beli baju warna apa, tema apa tahun ini, baju jenis apa, baju suami dan anak-anak, langsir, tudung yang macam-mana, nak jahit baju sendiri atau beli dan sebagainya. Kebanyakan kedai-kedai jahit sudah tutup tempahan kerana tempahan sudah terlalu banyak. Untuk raya tahun ini kemungkinan besar saya memilih untuk menjahit sendiri selendang. Tetapi baju saya akan beli maklumlah belum pandai menjahit baju sendiri lagi. Mungkin saya akan jahit 2 jenis selendang iaitu selendang biasa dan selendang halfmoon, InshaAllah. Ini sudah menjmatkan duit. Sayanglah jika tak gunakan kepakaran yang ada.

Ini contoh ukuran selendang halfmoon:

 -gambar daripada google-


Ini pula contoh selendang biasa yang saya jahit. Ia dipotong lurus memanjang dan hujungnya separa bulatan.


Jenis Kain Chiffon

Entri 22

Hari ini jom kita belajar mengenali jenis-jenis kain chiffon. Sebenarnya terdapat pelbagai jenis kain chiffon. Iaitu chiffon georgette, chiffon polyester, chiffon silk dan chiffon viscose.





Chiffon Silk
Menjadi pilihan untuk tudung dan shawl kerana dilhat dari segi keselesaan kepada pemakainya dan juga berkualiti. Harganya agak mahal dan memerlukan penjagaan yang lebih rapi dan cuciannya memerlukan cucian kering. Hasil buatannya halus dan diminati ramai.
 
Chiffon Georgette
Fabrik ini adalah gabungan fabrik chiffon dan georgette.  Menjadi pilihan ramai kerana lebih mudah dari segi penjagaan dan juga dari segi bajet ianya lebih murah. Penjagaannya mudah dan boleh dicuci dengan air. Juga diminati ramai dan menjadi pilihan untuk shawl.

Chiffon Viscose:
Merupakan jenis chiffon yang pertama. Kadar kandungan komposit viscose dalam fabric ni adalah 100%. Ada sesetengah negara tak panggil Viscose chiffon tapi dia panggil fabric Japan 30 x 30. Kain ini sangat lembut dan istimewa serta memberi keselesaan yang tinggi kepada semua jenis fesyen.

Chiffon Polyester:
 Lebih panas sebab tak menyerap peluh tetapi tahan lasak, tidak mudah renyuk, senang dijaga.

Sunday, June 8, 2014

Baby perlu diberi makan sebaik usia 6 bulan hanyalah panduan umum dari Saintis Barat

Entri 21

Assalamualaikum wbt.



Saya telah habis membaca buku 'Nikmat susu ibu' terjemahan Dr Mardiyyah samsudin. Terbitan Jasmin Enterprise. Judul asalnya 'Ahammiatur ridhaah at tobiiyyah diniyyah assihiyyan' oeh Dr As Sayyid Abdul hakim pakar perubatan Mesir. Memang menarik sangat isi kandungannya, banyak persoalan yg selama ini bermain di benak akhirnya terjawab. Apa yang saya nak kongsi disini ialah tentang adakah benar setelah umur 6 bulan, bayi perlu diberi makan?? Menurut beliau yg memetik pandangan Ibnu Qayyim Al Jauziah dalam kitabnya "Tuhfatu Al Maudud bi Ahkami Al Maulud" menyatakan : "sebaiknya ibu bapa hanya memberi anaknya minum susu ibu sahaja sehinggalah anak tersebut tumbuh giginya, jika sudah tumbuh giginya barulah anak boleh diberi makanan sampingan bersama-sama dengan air susu ibu. Ini kerana urat perut bersambung langsung dengan urat gigi. Tumbuhnya gigi menandakan perutnya mulai kuat dan mampu mencerna makanan selain susu ibu " Apa yg saya perhatikan, setiap anak tidak sama tahap tumbuh giginya. Bagi ibu-ibu yang bayinya sudah mula tumbuh gigi, bolehlah mula memberi makanan pejal disamping meneruskan penyusuan badan. Memberi makan ketika usia 6 bulan hanyalah garis panduan umum yang diberi oleh saintis barat. Hakikatnya setiap bayi itu perkembangannya tidak sama antara satu sama lain. Jadi udah tentulah kemampuan perut mereka mencerna makanan juga tidak sama. Mana mungkin boleh ditetapkan ketika 6 bulan perlu diberi makan. Menurut Ibnu Qayyim tumbuh gigi adalah petanda perutnya sudah mulai kuat. Masyaallah, hebatnya ulamak silam dalam mengulas perkara ini. Apa tidaknya, walaupun mereka bukan saintis tetapi mereka dekat dengan wahyu ilahi dan hadis Nabi yg sememangnya banyak memberi panduan dalam bab penyusuan ini. Malah ianya mendahului kajian-kajian pakar-pakar barat.

**Bila difikir secara logik, kesian baby-baby yang tiada gigi terkulat-kulat telan makanan.


Wednesday, June 4, 2014

Makan Ikut Selera

Entri 20
 
 


Tengahari ni, inilah makanan saya. Biasalah ibu mengandung selera makan ikut tekak. Hari ni nak makan ni, esok pula nak makan yang itu. Macam-macam kan. Apa pun bersyukur dengan rezeki yang ada. Malaysia kaya dengan makanan, sampai orang mati dek sebab makan banyak. Kalau di Somalia mati sebab kebulur. Jadi bersyukur duduk di Malasyia, mewah dengan makanan.



Wahai Muslimah, Jaga Diri Hiasi Peribadi

Entri 19

Assalamualaikum wbt..




Muslimah,
Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang,
Bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.

Muslimah,
Kamu menjadi sebutir mutiara.
Berada di dasar lautan.
Tersimpan rapi dilindungi kulit.
Bukan senang nak melihat
Apa lagi mendapatkannya.
Hanya orang yang bertuah.
Berusaha menyelami dasar lautan dapat memperolehinya.
Harganya mahal sekali dan ia akan tersimpan selamanya..

Muslimah,
Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.
(Hadith Riwayat Muslim)

Muslimah,
Jagalah Diri, Hiasi peribadi







Petua Untuk Menjayakan Penyusuan Badan

Entri 18


Assalamualaikum wbt.


Entri hari ini saya nak kongsikan pengalaman saya menyusukan anak saya 100% susu badan sehingga 2 tahun.  Bermula anak saya 2 tahun barulah saya campur dengan susu kambing segar (bukan susu tepung) tapi dalam masa yang sama masih menyusu badan. Sehinggalah anak saya 2 tahun 6 bulan barulah saya wean-off memandangkan saya hamil. Itu pun terpaksa diberhentikan. Saya merupakan wanita bekerja, tetapi Alhamdulillah mampu lakukan. Bukan mudah ye. Banyak sangat cabarannya. Inikan pula para surirumah, jauh lebih mampu kan?

Ok jom baca tips di bawah:

1. Sentiasa berfikir bahawa hanya susu ibu yang terbaik untuk anak . Semua ibu boleh dan mampu menyusukan bayinya. Dan bayangkan tiada susu didunia ini melainkan susu ibu sahaja.
2. Jangan sesekali terpengaruh dengan kata-kata "anda tiada susu", "saya tak cukup susu", "susu saya cair", susu saya sikit"  dan sebagainya. Ini semua adalah pengaruh psikologi yang berbahaya yang boleh menghentikan penghasilan susu oleh otak kita.  Jika kita mampu melahirkan seorang bayi kedunia, maka kita boleh menyusukannya cuma kita perlu belajar hingga berjaya dan minta bantuan mereka yang mahir dalam penyusuan. Ingat, bukan semua pakar perubatan tahu dan mahir tentang susu ibu. Jangan dapatkan nasihat yang salah.
3. Sokongan positif dari orang sekeliling.
4. Kemahuan yang tinggi dan tidak putus asa.
5. Tingkatkan ilmu dan belajar dari mereka yang berjaya menyusukan. Jangan malu bertanya.
6. Perlu tahu, untuk minggu-minggu pertama kelahiran, susu ibu tidak keluar tetapi bayi perlu melekap dengan kuat pada niple untuk merangsang hasilan susu. Semakin kerap bayi menghisap maka susu akan terhasil sedikit demi sedikit. Jika gagal, jangan terus mengalah dengan memberi susu industri (susu formula) pada bayi kerana ini akan menyebabkan penyesalan di kemudian hari. Ibu perlu belajar menyusukan dan belajar hingga berjaya.
7. Semua masalah yang berlaku semasa penyusuan, ada jalan penyelesaiannya.
8. Jangan malu minta bantuan jika gagal menyusukan bayi kerana anak yang kurang mendapat susu ibu akan memiliki tulang dan saraf yang kurang kuat.
9. Jangan sesekali memikirkan "susu saya sedikit" kerana banyak atau sikitnya susu tidak boleh diukur pada hasil perahan susu dan terasa kosong pada payudara tetapi ibu perlu beri bayi menyusu dengan kerap. Jangan tunggu payudara penuh baru nak beri susu. Ini adalah salah. Beri dahulu baru susu akan keluar kemudian. Kerap juga berlaku, setelah lama bayi menghisap payudara yang ibu rasa kosong, barulah susu akan keluar. Ini dinamakan “pancutan refleks” atau “refleks oxitocin”.
10. Kerap ah bersama bayi. Jangan suka meninggalkan bayi terlalu lama (lebih 4 jam setiap hari) kerana perbuatan ini akan menyebabkan saraf payudara yang tidak mendapat ransangan dari mulut bayi akan menghantar isyarat ke otak bahawa susu tak perlu dikeluarkan. Lama kelamaan susu akan semakin berkurangan. Walaubagaimana sibuk pun anda, carilah peluang secepat mungkin untuk mendapatkan bayi anda dan susuilah dia sekerap-kerapnya. Ingatlah, masa kecil anak hanya sekali sahaja. Inilah masanya kita perlu bersamanya selalu. Jangan biarkan orang lain mengambil alih kasih sayang yang sepatutnya kita beri pada dia. Wujudkan sifat penyayang dalam diri barulah susu mudah untuk dihasilkan.
11. Yang mengeluarkan susu adalah otak, payudara hanya alat sahaja. Jika kemahuan kita kuat disertai dengan usaha yang betul, maka kita akan berjaya.
12. Mulut bayi adalah perangsang terbaik untuk hasilkan susu bukannya produk kesihatan di pasaran. Semakin kerap bayi menghisap (terutama waktu malam) maka susu akan terhasil. Sekalipun pada awalnya kita merasakan seolah2 ‘tiada susu’.
13. Penyusuan badan bukan sahaja memberi zat nutrisi kepada bayi tetapi lebih dari itu iaitu kasih sayang, sentuhan, belaian, belahan dua jiwa dan ubat penenang bagi bayi. Adakah anda mahu melepaskan saat berharga ini??
14. Walau apapun masalah yang terjadi semasa penyusuan jangan sesekali mengalah sebaliknya terus mendapatkan sokongan dari pihak yang berpengalaman. Seandainya terasa susu mula kering, jangan terus anggap susu kita kering kerana susu ibu boleh ada semula jika kita kerap menyuruh bayi menghisap nipple. Teruskan sahaja penyusuan sekalipun terasa susu kering kerana susu mampu bertambah semula. Hisapan bayi pada nipple ibu akan menghantar isyarat ke otak dan mengatakan bahawa susu perlu dikeluarkan. Tidak lama kemudian anda akan dapati susu akan ada semula. Ajaibkan??
15. Dari awal kelahiran bayi hingga bayi berusia 6 bulan, ia adalah proses bagi ibu untuk menyesuaikan diri dalam penyusuan badan. Ibu bukan akan terus berjaya sebaliknya ia adalah proses belajar. Teruskan sahaja penyusuan hingga berjaya. Kebiasaannya setelah bayi berusia 6 bulan barulah keadaan akan stabil dan segala masalah akan mula difahami dan mudah diatasi.
16. Jangan sesekali menyamakan susu ibu dgn susu formula. Ia 100% tidak sama. Setitik susu ibu mengandungi berjuta sel darah putih yang mampu membantu bayi melawan jangkitan kuman. Sekalipun sesetengah ibu merasakan susunya sedikit tetapi setitik ia sangat berharga.
17. Dalam Islam Penyusuan badan mampu melahirkan generasi bertakwa. Malah ia adalah perintah dari Allah SWT (surah al-Baqarah ayat 233). Ia adalah hak anak yang wajib diberi. Jika ibu tidak mampu memberinya maka ibu wajib mencarikan ibu susuan.


Semoga ibu-ibu cekal dan kental dalam menghadapi cabaran menyusu lagi-lagi bagi ibu yang bekerja. Sentiasa berdoa seiring dengan usaha. Insha Allah semoga Allah permudahkan. Aamin.

Ibu hamil banyakkan berdoa

Entri 17


Kenangan yang indah dan bernilai dalam hidup seorang wanita ialah hamil. Hanya wanita yang telah dan sedang melaluinya saja tahu betapa indahnya hidup ini dan bersyukur atas kurniaan Allah. Setiap wanita yang telah berkahwin pasti inginkan zuriat. Bagi yang belum hamil janganlah bersedih dan janganlah putus asa dalam berdoa. Allah Maha Mendengar, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Pasti ada hikmah disebaliknya mengapa masih belum dikurniakan zuriat. Kita hanya merancang, Allah yang tentukan. Tetapi perancangan Allah itu lebih hebat. Percayalah. Boleh amalkan doa Nabi Zakaria tersebut:
Surah Al Imran 3:38
“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.
atau:
Surah Al-Anbiya:21:89
“Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan Aku hidup seorang diri[tidak mempunyai keturunan yang mewarisi dan Engkaulah waris yang paling Baik”
 
Ketika mengandung, banyak perkara yang perlu dijaga, terutama amalan dan akhlak. Peringatan untuk diri sendiri juga yang sedang hamil anak kedua. :)

AMALAN UTAMA SEMASA MENGANDUNG:
  • Memperbanyakkan mengingati Allah SWT
  • Banyak melakukan ibadat, membuat kebajikan dan meninggalkan segala larangan agama (suami juga dituntut sama memperbanyakkan ibadat)
  • Banyakkan membaca Al-Quran
  • Sentiasa berakhlak yang baik.

  (sumber dipetik daripada buku '350 Petua Buat Ibu Mengandung' tulisan Dr 'Atif Lamadhah)

Jatuh Cinta dengan dunia Jahitan

Entri 16



Sememangnya dunia jahitan ni sangat luas. Jahitan juga berkait rapat dengan sulaman dan manik. Saya pun tidak pasti bilakah saya jatuh cinta dengan jahitan? Saya kagum dengan orang yang pandai menjahit. Contoh terdekat ialah emak dan kakak sulung saya. Bagi saya jahit itu seni. Tak kiralah jahitan apa yang dia pandai, tudung ke, baju ke, langsir ke, jahit manik ke, dan banyak lagi. Dan tidak semua orang boleh menjahit. Jika dibandingkan dengan memasak, saya lebih memilih untuk belajar menjahit. Bagi saya sebagai seorang perempuan alangkah ruginya jika tidak tahu menjahit. Sebenarnya Rasulullah sendiri menggalakkan anak perempuan untuk belajar menjahit. Oleh sebab itulah saya berusaha nak belajar menjahit. Jika memasak, kita boleh belajar sendiri, tengok resepi dibuku, blog, belajar daripada emak dan sebagainya. Tetapi menjahit sama sekali tidak sama.

Seringkali bertanya pada diri sendiri bilakah saya akan mahir dalam menjahit dan pandai membuat baju kurung? Dapat buat baju kurung sendiri dan tudung pun jadilah. Sekurang-kurangnya dah jimat duit, tak payah beli lagi.
Apa pun, kene bertindak daripada sekarang. Jangan hanya cakap tetapi tiada tindakan.





Tuesday, June 3, 2014

Hujan itu Rahmat

Entri 15

Hujan turun membasahi bumi Shah Alam, Alhamdulillah. Cuaca yang mendung walaupun jam sudah menunjukkan pukul 12.27 tengahari. Hajat dihati nak pergi ke Jakel untuk membeli kain chiffon jojet. Mood nak menjahit kembali berkobar semula. Tapi rasa terbantut pula nak keluar ke Jakel dek kerana hujan. Kalaulah ada driver yang bawakan saya kan best :)

Oklah, saya nak ingatkan diri sendiri dan juga pembaca sekalian. Setiap kali hujan jangan lupa baca doa tersebut:


Semoga hujan yang turun adalah hujan Rahmat. Bukan hujan yang boleh membawa malapetaka. Aaamin.

Belajar menjahit dulu ke atau beli mesin jahit dahulu?

Entri 14

Belajar menjahit dahulu atau beli mesin jahit dahulu?


Bagi saya ada mesin dulu ada baiknya. Baiknya adalah bila dah belajar, terus boleh praktis. Jika tidak, terpaksa tunggu dulu. Apabila terlalu lama ilmu tak dipraktis, dikhuatiri lupa. Nak belajar jahit dulu kemudian barulah beli mesin jahit pun tak mengapa. Dua-dua boleh. Terpulang pada individu.
Bagi sesiapa yang ingin membeli mesin, apa-apa jenis mesin pun boleh. Paling baik kalau beli jenis mesin jahit mudah alih. Boleh bawa ke mana-mana. Tetapi bagi yang nak jadikan jahitan sebagai sumber pendapatan dan ingin mengambil tempahan yang banyak, saya cadangkan belilah mesin jahit industri. Tahan lasak dan boleh menjahit sekali banyak. Bukanlah saya katakan mesin mudah alih(portable) tak boleh jahit sekali banyak. Boleh, cuma mesin mudah alih tak boleh berterusan menjahit berjam-jam. Sejam dua menjahit kemudian berhenti bagi mesin berehat sekejap, kemudian baru sambung semula.

Manakala dari segi harganya pula, bergantung kepada bajet yang kita ada. Apa yang penting, ia mampu menjahit banyak jenis kain, termasuk kain langsir.

Jadi terpulang pada individu.

Cuti Sekolah Jalan Lengang

Entri 13

Sepanjang musim cuti sekolah ni, pagi-pagi nak pergi kerja kepala kurang serabut kerana jalan lengang! jangan marah ye cikgu-cikgu. :D

Seronoknya kalau hari-hari jalan tak berapa sibuk macam sekarang ni. Keluar pukul 7.10, 7.15 pun masih sempat lagi sampai ofis sebelum pukul 8. Kalau tidak setiap pagi kereta banyak dan padat. Masing-masing sudah berpagian keluar mencari rezeki di bumi Allah ini.








Menjahit itu Seni

Entri 12
 
 



Siapa kata menjahit itu suatu kerja yang susah?
Menjahit amat mengasyikkan. Bahkan ia boleh juga menambah pendapatan.
Kemahiran menjahit berkait rapat dengan minat. Ada orang minat menjahit, tapi kurang mahir. Untuk mahir, kena tambah ilmu. Ada orang langsung tak minat menjahit. Baginya mengupah orang menjahit atau beli baju yang dah siap, lebih mudah.
Menjahit satu seni. Seni yang harus dipelajari setiap masa. Kemahiran akan datang dan bertambah dari hari ke hari.

Menjahit juga perlukan kesabaran yang sangat tinggi. Jika tiada sifat itu, alamatnya tak kemana, hanya sampai sekerat jalan sahaja.

Minat yang tertangguh

Entri 11
 


Inilah wajah mesin jahit kesayanganku. Yang jenis industri punya memang besar macam ni sekali dengan meja. Saya beli tambah dengan adjust kelajuan sekali. Orang macam saya yang baru berjinak dalam dunia jahitan ni perlu guna adjust kelajuan tu. Kalau tak memang tersasarlah benang jahitan saya.

Mesin ni saya beli pada tahun lepas dalam bulan 10. Memang saya teruja dapat mesin jahit dan siap pergi ke Jakel beli kain chiffon untuk praktis jahit shawl. Hari-hari saya praktis jahit. Tapi sejak saya disahkan hamil bulan satu yang lalu, terus berhenti macam tu. Sayangnya, sampai sekarang dah bulan 6 mesin jahit ni terbiar. Cuma adalah sekali sekala jahit pakaian yang koyak. Semuanya disebabkan kerana saya mabuk di awal kehamilan atau trimester pertama yang lalu. Saya sangat tak bermaya masa trimester pertama tu, saya alami loya sepanjang hari yang agak teruk. Badan pun melepet aja. Nak buat kerja semuanya tak larat, apatah lagi nak menjahit. Nak melayan si bujang kecil yang sorang tu lagi. Masuk bulan ke 5, barulah keadaan saya ok. Anak pertama dulu tak macam ni. Yelah setiap anak tu tak sama kan, lain-lain alahnya. Setiap kali memandang mesin jahit ni, hati memberontak nak menjahit semula.

Minat yang tertangguh..

Tudung Syria, Tudung Ariani dan anak tudung

Entri 10

Assalamualaikum semua..

Semoga sihat-sihat hendaknya dan ceria-ceria selalu.

Pagi-pagi lagi saya dah update blog, mood pagi yang ceria, :) semoga urusan pada hari ini dipermudahkan. Aaamin. Pagi ni saya nak tunjuk gambar tudung syria, ariani dan anak tudung yang saya jahit sewaktu pergi ke kelas di Akademi Nicks Creation beberapa bulan yang lalu.
 
Tadaa..ni tudung ariani. Cantik tak? kali kedua jahit tudung. Bolehla. hehe



Yang ni pula tudung syria

 
Dan yang ini anak tudung atau dipanggil 'inner'
 
Rasa puas hati juga dapat siapkan ketiga-ketiga tudung di atas. Setelah tamat, peserta semua diberi sijil. Bagi saya, yang paling mudah dan senang nak jahit tentulah anak tudung. Kedua tudung syria, kerana tudung syria tiada awning. Itu lebih mudah. Apa pun 'practise make perfect'.
 
Ok cukup setakat ini. Terima kasih kerana sudi membaca :)
 
 

Cerita hujung minggu

Entri ke 9.

Hari Sabtu bersamaan 31 Mei, seharian saya di Serendah. Sepupu sebelah suami kahwin. Jam 7.50 pagi kami sudah bertolak ke Serendah. Alhamdulillah majlis berjalan lancar walaupun dalam pukul 2 lebih hujan dah mula turun. Majlis berlangsung di Dewan orang ramai Serendah. Pasangan pengantin mengenakan pakaian bewarna kuning, sama cantik sama padan. Tahniah kepada pengantin. Semoga bahagia till jannah. 'Barakallahulakuma wabaroka 'alaikuma wa jama'a bainakuma filkhair'



Waktu malam pula aktiviti makan kek dan buka hadiah. Teringat pula saat-saat manis ketika saya kahwin dahulu. Hampir 4 tahun yang lalu. :) Setelah selesai semua, saudara-mara dan makcik pakcik sudah mula pulang ke rumah masing-masing. Jam 12 malam kami pun pulang dan sampai di Shah Alam pukul 1 pagi.

Hari yang sungguh letih. ~~





Sekali lagi ke kelas mejahit

Entri ke 8


Sekali lagi saya ke kelas menjahit berbayar di Akademi Nicks Creation, Puchong. Saya mengambil kelas menjahit tudung. Bayaran rm100. Tiga jenis tudung yang saya belajar iaitu tudung ariani, syria dan anak tudung. Masa dari pukul 9 pagi hingga 1 petang. Sarapan pagi disediakan. Kiranya ini kali kedua saya belajar menjahit tudung. Dan kali ni baru saya agak 'confident' kerana dari awal hingga akhir pelajar buat sendiri dan tenaga pengajar hanya menerangkan dan beri tunjuk ajar sahaja. Tenaga pengajarnya juga peramah dan tidak jemu memberi tunjuk ajar. Seperti biasa habis kelas, tudung-tudung yang dijahit boleh dibawa balik. Sesiapa yang berminat nak ambil kelas jahitan, saya cadangkan pergi ke tempat tersebut. Ini linknya http://jahitandankemahiran.blogspot.com/
Macam-macam kursus jahitan ditawarkan.

Next entri saya akan tunjukkan gambar tudung ariani, syria dan anak tudung yang saya jahit. Ok cukup setakat ini entri kali ni.

Monday, June 2, 2014

Tak apalah, rezeki ada dimana-mana.

Entri ke 7
 
 
Assalamualaikum pembaca sekalian, harap sihat hendaknya dan semoga dilindungi Allah swt senantiasa. Mengapa tajuk entri saya sebegitu? bunyi macam memujuk hati je. Ye, memang benar saya sedang memujuk hati saya sendiri.

Ceritanya begini, saya dihubungi oleh hamba Allah melalui 'whatsapp' berkenaan dengan tempahan shawl. Saudari tersebut ingin menempah shawl dengan saya untuk perniagaan shawl yang dia jalankan secara 'online'. Saya rasa gembira kerana ini yang saya nanti-nantikan. Saya memberi respon dengan mengatakan pada dia bahawa dia perlu tengok dulu macam mana jahitan saya. Dia setuju dan akan hubungi saya semula dalam masa seminggu untuk berjumpa. Akhirnya 2 minggu kemudian dia 'wahtsapp' saya dan ingin berjumpa dengan saya. Selama dua minggu tu saya berfikir yang saya terpaksa tolak tawaran ini dan dengan berat hati saya beritahu padanya yang saya terpaksa tolak kerana saya sedang hamil. Mujur dia memahami. Bila difikir-fikir balik, saya memang tak boleh nak ambil tempahan buat masa ni memandangkan saya hamil ketika ini. Isnin hingga Jumaat saya kerja, Sabtu Ahad saja lah masa untuk saya berehat. Sekarang usia kandungan saya nak masuk 6 bulan. Jadi saya terpaksa tolak.

Tak apalah, rezeki ada dimana-mana. Percaya dengan janji Allah.

Mesin Jahit Idaman ku!

Entri ke 6

Selepas menghadiri kelas jahit berbayar, hati saya memberontak nak beli mesin jahit. Hari-hari saya 'google' pasal mesin jahit. Bila agaknya saya nak memiliki mesin jahit. Kalau dah ada mesin jahit senanglah saya nak praktis menjahit. Oh tak sabarnya. Kerap juga saya mengadu pada suami hasrat saya nak beli mesin jahit. Suami pada mulanya tak berapa sokong sebab katanya saya ada ke masa nak menjahit, nanti mesin jahit dah beli mahal-mahal sudahnya terbiar. Tapi saya yakinkan dia macam-macam, lagi pun saya memang becadang nak ambil tempahan suatu hari nanti.

Pujuk punya pujuk, akhirnya suami pun mengalah dan akur dengan minat saya pada jahitan. Kami pun pergi ke kedai mesin jahit di Ling Service Network, Cheras. Seronoknya saya apabila sampai di kedai mesin jahit tersebut. Macam-macam jenis mesin jahit ada. Akhirnya saya buat keputusan memilih mesin jahit industri iaitu tahan lasak dan sesuai untuk buat bisnes iaitu ambil tempahan dengan banyak. Syukur Alhamdulillah kerana saya sudah memiliki mesin jahit idaman.


                                Inilah dia contoh gambar mesin jahit saya, jenama Juki.         
                                           (Gambar contoh daripada mudah)

Sunday, June 1, 2014

Shawl

Entri ke 5
 
 



Ok, inilah gambar shawl yang saya jahit. Boleh klik pada gambar kalau nak tengok jahitan saya. Shawl memang mudah nak jahit sebab kainnya memanjang dan tak banyak 'step'. Nampak mudah tapi jahitan tu agak rumit sebab cara jahit kena kelepet dua halus atau dipanggil jahit 'babyseem'. Bagi yang  langsung tiada asas jahit atau senang cerita siapa yang tak tahu menjahit memang susah. Tapi belum cuba belum tahu kan? Saya pertama kali lah tu, Alhamdulillah berjaya.

Buat masa ni saya sedang praktis jahit shawl dirumah. Insha Allah dah betul-betul mahir nanti saya bercadang nak ambil tempahan. Semoga urusan saya dipermudahkan. Aaamin.

Tudung Awning

Entri ke 4
 
 


Assalamualaikum..

Bertemu lagi kita hari ini. Apa khabar pembaca semua? harap sihat hendaknya dan semoga kehidupan bertambah baik dan sentiasa dilindungi Allah. Aaamin..

Dah beberapa hari saya tak update blog. Hujung minggu yang lepas sibuk dengan kenduri kahwin sepupu sebelah suami. Ok hari ni saya nak sambung entri yang lepas iaitu belajar jahit tudung. Gambar di atas adalah hasil tudung yang saya jahit. Amacam? ok tak? Saya diberi pilihan untuk pilih warna yang saya suka. Tudung yang dijahit boleh bawa balik. Awning tudung tu kain kodroi, body kain lycra. Tapi body tudung yang beralun-alun tu dijahit menggunakan mesin jahit tepi khas tudung. Pertama kali rasa susah juga nak menyiapkan sehelai tudung. Kene praktis selalu dirumah baru mahir jahit tudung dan barulah yakin nak ambil tempahan. :) Kalau di biarkan sayang, lama kelamaaan boleh lupa. Tapi dengan syarat mesti kene ada mesin jahit dirumah. Sehingga sekarang saya belum praktis lagi jahit tudung awning. Saya cuma praktis jahit shawl saja buat masa ni. Rasanya cukup untuk entri kali ni. Hehe.

Kita jumpa di next entri..saya tunjuk kan shawl yang saya jahit pula...