Wednesday, June 4, 2014

Ibu hamil banyakkan berdoa

Entri 17


Kenangan yang indah dan bernilai dalam hidup seorang wanita ialah hamil. Hanya wanita yang telah dan sedang melaluinya saja tahu betapa indahnya hidup ini dan bersyukur atas kurniaan Allah. Setiap wanita yang telah berkahwin pasti inginkan zuriat. Bagi yang belum hamil janganlah bersedih dan janganlah putus asa dalam berdoa. Allah Maha Mendengar, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Pasti ada hikmah disebaliknya mengapa masih belum dikurniakan zuriat. Kita hanya merancang, Allah yang tentukan. Tetapi perancangan Allah itu lebih hebat. Percayalah. Boleh amalkan doa Nabi Zakaria tersebut:
Surah Al Imran 3:38
“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.
atau:
Surah Al-Anbiya:21:89
“Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan Aku hidup seorang diri[tidak mempunyai keturunan yang mewarisi dan Engkaulah waris yang paling Baik”
 
Ketika mengandung, banyak perkara yang perlu dijaga, terutama amalan dan akhlak. Peringatan untuk diri sendiri juga yang sedang hamil anak kedua. :)

AMALAN UTAMA SEMASA MENGANDUNG:
  • Memperbanyakkan mengingati Allah SWT
  • Banyak melakukan ibadat, membuat kebajikan dan meninggalkan segala larangan agama (suami juga dituntut sama memperbanyakkan ibadat)
  • Banyakkan membaca Al-Quran
  • Sentiasa berakhlak yang baik.

  (sumber dipetik daripada buku '350 Petua Buat Ibu Mengandung' tulisan Dr 'Atif Lamadhah)

No comments:

Post a Comment