Entri ke 7
Ceritanya begini, saya dihubungi oleh hamba Allah melalui 'whatsapp' berkenaan dengan tempahan shawl. Saudari tersebut ingin menempah shawl dengan saya untuk perniagaan shawl yang dia jalankan secara 'online'. Saya rasa gembira kerana ini yang saya nanti-nantikan. Saya memberi respon dengan mengatakan pada dia bahawa dia perlu tengok dulu macam mana jahitan saya. Dia setuju dan akan hubungi saya semula dalam masa seminggu untuk berjumpa. Akhirnya 2 minggu kemudian dia 'wahtsapp' saya dan ingin berjumpa dengan saya. Selama dua minggu tu saya berfikir yang saya terpaksa tolak tawaran ini dan dengan berat hati saya beritahu padanya yang saya terpaksa tolak kerana saya sedang hamil. Mujur dia memahami. Bila difikir-fikir balik, saya memang tak boleh nak ambil tempahan buat masa ni memandangkan saya hamil ketika ini. Isnin hingga Jumaat saya kerja, Sabtu Ahad saja lah masa untuk saya berehat. Sekarang usia kandungan saya nak masuk 6 bulan. Jadi saya terpaksa tolak.
Tak apalah, rezeki ada dimana-mana. Percaya dengan janji Allah.
No comments:
Post a Comment