Entri ke 6
Selepas menghadiri kelas jahit berbayar, hati saya memberontak nak beli mesin jahit. Hari-hari saya 'google' pasal mesin jahit. Bila agaknya saya nak memiliki mesin jahit. Kalau dah ada mesin jahit senanglah saya nak praktis menjahit. Oh tak sabarnya. Kerap juga saya mengadu pada suami hasrat saya nak beli mesin jahit. Suami pada mulanya tak berapa sokong sebab katanya saya ada ke masa nak menjahit, nanti mesin jahit dah beli mahal-mahal sudahnya terbiar. Tapi saya yakinkan dia macam-macam, lagi pun saya memang becadang nak ambil tempahan suatu hari nanti.
Pujuk punya pujuk, akhirnya suami pun mengalah dan akur dengan minat saya pada jahitan. Kami pun pergi ke kedai mesin jahit di Ling Service Network, Cheras. Seronoknya saya apabila sampai di kedai mesin jahit tersebut. Macam-macam jenis mesin jahit ada. Akhirnya saya buat keputusan memilih mesin jahit industri iaitu tahan lasak dan sesuai untuk buat bisnes iaitu ambil tempahan dengan banyak. Syukur Alhamdulillah kerana saya sudah memiliki mesin jahit idaman.
Inilah dia contoh gambar mesin jahit saya, jenama Juki.
(Gambar contoh daripada mudah)
No comments:
Post a Comment