Entri 21
Assalamualaikum wbt.
Saya telah habis membaca buku 'Nikmat susu ibu' terjemahan Dr Mardiyyah samsudin. Terbitan Jasmin Enterprise. Judul asalnya 'Ahammiatur ridhaah at tobiiyyah diniyyah assihiyyan' oeh Dr As Sayyid Abdul hakim pakar perubatan Mesir. Memang menarik sangat isi kandungannya, banyak persoalan yg selama ini bermain di benak akhirnya terjawab. Apa yang saya nak kongsi disini ialah tentang adakah benar setelah umur 6 bulan, bayi perlu diberi makan?? Menurut beliau yg memetik pandangan Ibnu Qayyim Al Jauziah dalam kitabnya "Tuhfatu Al Maudud bi Ahkami Al Maulud" menyatakan : "sebaiknya ibu bapa hanya memberi anaknya minum susu ibu sahaja sehinggalah anak tersebut tumbuh giginya, jika sudah tumbuh giginya barulah anak boleh diberi makanan sampingan bersama-sama dengan air susu ibu. Ini kerana urat perut bersambung langsung dengan urat gigi. Tumbuhnya gigi menandakan perutnya mulai kuat dan mampu mencerna makanan selain susu ibu " Apa yg saya perhatikan, setiap anak tidak sama tahap tumbuh giginya. Bagi ibu-ibu yang bayinya sudah mula tumbuh gigi, bolehlah mula memberi makanan pejal disamping meneruskan penyusuan badan. Memberi makan ketika usia 6 bulan hanyalah garis panduan umum yang diberi oleh saintis barat. Hakikatnya setiap bayi itu perkembangannya tidak sama antara satu sama lain. Jadi udah tentulah kemampuan perut mereka mencerna makanan juga tidak sama. Mana mungkin boleh ditetapkan ketika 6 bulan perlu diberi makan. Menurut Ibnu Qayyim tumbuh gigi adalah petanda perutnya sudah mulai kuat. Masyaallah, hebatnya ulamak silam dalam mengulas perkara ini. Apa tidaknya, walaupun mereka bukan saintis tetapi mereka dekat dengan wahyu ilahi dan hadis Nabi yg sememangnya banyak memberi panduan dalam bab penyusuan ini. Malah ianya mendahului kajian-kajian pakar-pakar barat.
**Bila difikir secara logik, kesian baby-baby yang tiada gigi terkulat-kulat telan makanan.
ya betul tu.. kadang kita je yang tidak mahu ambil tahu tentang peredaran alam.. setiap sesuatu ada perkaitan nya...
ReplyDeletebtl kan kak. Dan kita terlalu taksub dan percaya dengan Barat.
ReplyDelete